Rabu, 26 Jun 2013

Alhamdulillah. Selamat Tinggal Sem 2. :)

Assalamualaikum.

Phewww~~ Alhamdulillah. 26.06.2013, tamatlah sudah sesi 2012/2013 aku kat UM ni. Nak sampai ke tarikh ni, macam-macam pahit manis dah dilalui. Lega pabila exam dah habis. Pagi tadi lasttttt payyyyperrr. Hewhew. Sekarang buat apa?

Heh heh heh. Balik exam teruih tidoq. Macam orang tak tidoq sebulan. -__- Malam ni start packing semua barang-barang. Jumaat ni nak check out kolej. Horeeeyyy, boleh balik rumah. Rindu sangat-sangat dah kat family, kezen-kezen, my bestie dan kucing-kucing kat rumah.

Esok nak buat apa? Esok pagi, pergi APM dulu sebab nak setelkan hal pergi Yunnan 17 Julai ni. Yunnan? Haah, pertukaran pelajar kat sana. Besttt! Memanglah tapi kena raya sana. Gheyauuu lah aku kat sana. Huhuhu. Sedih pun ada. K. Dah dah. Lepas pergi APM makan dengan Hasmah, Shai dan Dila. Dorang ada exam lagi esok. So, lepas dorang habis exam, makan sama-sama dulu. Al maklumlah, jumaat ni masing-masing nak balik dah. Lepas makan, maybe pergi keluar kot. Dalam perancangan lagi. Hehe.

Jumaat pulak?
Yeayyyy !! Balik rumah. Angah ambil kat sini malam. So, maybe lepas Isyak bertolak dari UM ke Perak tercinta. Home sweet home jumaat nanti. :)

Malas nak cerita panjang. Exam dah habis. Nak marathon drama korea malam ni. Hewhewhew. Baibai. ^_^

 Layan gambar.

 *Exam exam exam


Paling susah Socio-Cultural Research Methods. Aigooo

Yeayyy !! Dah packing separuh. Tolong kemaskan, boleh? wink wink

Ni tak siap packing lagi. Malas. Muahahahaha

Sabtu, 11 Mei 2013

Boboy. :(

Assalamulaikum.

Sedih. Ye, itulah perasaan aku sekarang. Kehilangan kucing yang paling aku sayang. :'( Susah nak gambarkan perasaan aku masa Mak call, bagi tahu Boboy dah takda. Berlinang air mata. Minggu lepas aku balik rumah, Si Boboy memang dah tak berapa sihat. Nak makan pun tak larat. Tapi mengiau jugak nak makan. Kesian aku tengok Boboy masa tu. Sampaikan aku terpaksa suap isi ikan ke mulut Boboy. nasib Boboy nak makan walaupun susah nak kunyah. Erm, sedihnya bila ingat balik. Boboylah yang paling nakal sekali dalam banyak2 kucing yang ada kat rumah tu.

Selalu call Mak tanya Boboy buat apa. Hehe. Kelakarkan. Memang wajib bila otp dengan Mak, tanya pasal kucing2 semua buat apa. Tapi lepas ni jangan aku tersasul tanya pasal Boboy dahlah. T_T

Sedihnya bila ingat balik. Boboy ni, aku sediri p ambil kat pasar. Aku jumpa dia, dan jatuh hati terus. Boboy comell masa kecik, dah besar hensem. :) Telatah dia buat aku hilang semua penat dan stresss. Nama Boboy je dah banyak. Mak panggil Kapten Boboy / Boboiboy, aku Ah Boy, Adik aku panggil Ciboy. Banyaklah nama Si Boboy ni. Wuarggghhh, kenapa Boboy pergi cepat sangat.?

Aku akan rindukan Boboy aku yang paling nakal. We will miss youuu Boboy. R.I.P Boboy. :'(


Ni masa mula2 aku ambil Boboy kat pasar. Comel kan? ^_^



Ni masa dah bertambah comel. Dah wangi, hensem.

Comell kan masa Boboy tidur?

Ni masa Boboy dah besar. Umur dia masa ni 2 tahun.

Boboy dengan adik angkat dia.

Nakal ! Sampai duk dalam almari buku. Hehe

Rindu Ah Boy !!! :'(

Jumaat, 12 April 2013

Symbio 2013. Apa tu?

Assalamualaikum semua. Huarghhhh. Hoi, menguap tu sopan sikit ye. * Hikhik, Faghah minta soghii sebab kurang sopan.

Ok, Symbio 2013? Apa tu? Dah macam bunyi ke arah sains je. Tapi aku ni budak Pengajian Melayu, apa kaitan dengan Symbio? Meh sini aku nak habaq. Symbio 2013 tu projek kolej aku dibawah kelolaan JKP Kerohanian dan Kemasyarakatan Kolej Kediaman Kinabalu, UM. Meh aku briefing pasal projek ni. Eh, sebelum tu aku perkenalkan Aku, sebagai Ajk Biro Dana dan Tajaan. Tugas aku adalah menggoda setiap eksekutif tajaan untuk mendapatkan tajaan dan dana bagi projek kami. Selain itu, kami ajk tajaan dan dana membuat aiskrim malaysia dan menjualnya semasa KSK iaitu Sukan Kinabalu. Tak cukup aiskrim? Meh kami jual kerepek, bermacam-macam kerepek. Tak cukup kerepek, kami jual pin tudung yang comel-comel macam saya. Eh? * Abaikan yang last tu. Tak cukup tu, kami jual pizza dari Domino's pizza, macam tu ke ejaannya. * Tolong promote. :D Itulah serba sedikit tentang tugas kami dan kami jugak bantu-membantu ajk yang lain.

So, pasal Symbio aku tak cerita lagi. Suka merepek tah apa-apa aku ni kan. Symbio 2013.

  1. Objektif projek ni adalah untuk pertukaran budaya antara kami mahasiswa/i UM khususnya pelajar Kolej 8 dengan Orang Asli di Kg Rok, Bera Pahang.
  2. Sasaran adalah pelajar Kolej 8 dan orang-orang Asli di sana.
  3. Tujuan projek ni adalah belajar cara hidup atau budaya mereka dari segi aktiviti harian mereka, makanan dan aktiviti senggang mereka.
  4. Aktiviti kat sana awesome weh. Menyumpit, memancing, belajar tarian dan bahasa semelai, bergotong-royong masak, jungle trekking, nightwalk sekitar Tasik Bera dan apa entah lagi. Aku lupa. Hehe. Kalau nak tahu, lepas 2 hari 3 malam kat sana aku akan hupdate pasal perjalanan program kat sana. Tunggu k. :P
  5. Kalau korang nak tahu Symbio 2013 ni ada 2 fasa. Hari ni bermula Fasa 1. Dan 28-29 April Fasa 2. So, tunggu k. ^_^
Ok, sampai sini je. Gua nak mandi, nak siap-siap. Hikhik. Doakan program kami berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Aminnnn. InshaAllah. :)



Ahad, 31 Mac 2013

Keliru?

Assalamualaikum semua.

Kelitu? Eh, kelirulah. Kelitu pun boleh. Hurm, minggu2 nak midsem ni semakin banyak cabaran dan halangan. Yeah, halangan untuk menyiapkan esaimen, projek tu, projek ni. Wahh, sibuk sangat ke aku ni pun? Tu yang aku keliru tuhh. Sibuk sangat ke aku ni? Ye kot, sibuk sangat pikir hal-hal lain yang tak berkaitan. Sebab tu sibuk manjang. Kan???

Naik sem 2 ni, aku rasa malas sangat-sangat. Mungkin sebab dah handal sangat kot. Handal pulak dah? Sah, aku memang tengah keliru ni. Apapun, gua nak semangat sem 1 gua balik. Walaupun tak berapa nak semangat pun sem 1 dulu. HAHA. Lagipun minggu ni gua BZ menjual tau. Habis semua blok dan aras gua pergi. :P Sampai sakitlah tangan gua ketuk tiap-tiap pintu. Hohoho. Sweet memory baq hanggg.. Haha.

In Sha Allah, aku boleh. ^_^

* Minggu depan midsem, so boleh balik. Yeay !!. Rindu Mak n semua. <3

Yeah !!! Ganbate Farah. Good Luck dengan Projek2 akan datang. :)

Selasa, 19 Mac 2013

Minggu Ke-5 Kuliah

Assalamualaikum semua.

Dah hampir minggu ke-5 kuliah. Sekarang makin bertambah sibuk dengan meeting projek dan esaimen. Semakin betambah minggu, semakin bertambah homesick aku. Ya Allah, kenapalah rasa rindu sangat kat family. Rasa nak balik tiap-tiap minggu, tapi disebabkan kekangan masa dan faktor wang, aku terpaksa tahan perasaan ni. Aku kuatkan hati. Ya, aku kena kuat. Banyak lagi perkara yang aku perlu selesaikan. Aku perlu usaha lebih kuat untuk sem ni.

Bermacam dugaan yang datang sepanjang 5 minggu bermulanya sem 2 ini. Air mata pun dah puas aku keluarkan hingga tiada lagi air mata. Yang ada hanyalah sendu setiap malam. Tapi aku kuatkan hati. Ya, Allah lah tempat aku mengadu semua masalah yang melanda diriku. Moga aku tabah menghadapi hari-hari dan minggu-minggu yang akan datang. Aminnn.





So, chaiyok chaiyok Farah. Gambate ! Kau mampu lakukan. In Shaa Allah. :)

Ahad, 17 Februari 2013

Sem 2 melambai-lambai.

Assalamualaikum semua. Sihat? Alhamdulillah. Aku pun sihat jugak. Cuma fefeling tak best sebab dah nak balik ke UM tercinta. Bila? Hari nilah. Dah sampai pun jam 11.30 pagi tadi. Pheww ~~

Erm, sebenarnya nak cerita pasal Sem 2 sesi 2012/2013 ni. Esok dah start kuliah yang pertama. Ya Allah, permudahkanlah semuanya. Tapi Sem 2 ni banyak ketidakseronokan sebab. Erm, sebab??

  1. Dah terpisah dengan kawan-kawan sebab jabatan lain-lain. Haishh, jaranglah jumpa lepas ni. Waktu kelas pun tak sama. Harap jumpa masa makan t/hari jelah. Itupun kalau jumpa. Lepas ni mesti jarang jumpa Shai, Hasmah dan Dila. Ahh, mesti aku rindu korang nanti. *Poyo je minah ni, padahal satu kolej dengan Shai dan Hasmah. :D
  2. Mesti aku jadi forever alone dalam kelas sebab takda kawan. Kawan aku hanya mereka sahaja. Tau, SAHAJA. Kalau Soya jabatan Sosio kan best. Ada jugak kawan kalau terpisah dengan Shai, Hasmah dan Dila. Ni, tak. Soya pun jabatan lain. Uwargggg !!! :( Takpalah, aku kena lebih ramahlah kali ni supaya dapat sesuaikan diri dengan yang lain. Chill Farah ! :)

     
  3. Tanggungjawab semakin berat. Dah masuk Sem 2 ni. Mesti lagi sibuk dengan macam-macam esaimen, kerja tu, kerja ni. Kena pandai set masa dan jadual. Jangan lalai macam sem lepas. Kena usaha lebih untuk dapat dekan Sem 2 ni. Semua menaruh harapan. Eh? Macam tajuk lagu pulak. :D
    Ok !! Serius, usaha, doa dan tawakal kepada Allah. Ingat Farah, kau belajar niat kerana Allah dan Mak Abah, ok?  Fuhhhhh ~ Tingkatkan lagi usaha sebab CGPA Sem 1 kau 3.53. Usaha lagi Mak Abah bergantung pada kau tahu.

     
Apapun ketidakseronokan yang melanda diriku, aku tetap akan menghadapinya. Perbetulkan niat kau setiap kali nak belajar. Ingat semua pesan Mak. Jangan tinggal solat. Semangat berkobar-kobar pabila Abah bagi semangat untuk buat lebih bagus Sem 2 ni. InshaAllah, moga Allah redha. Aminnn..

Isnin, 28 Januari 2013

U-MAST GO ! Kami Satu Keluarga

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah. Hari kedua kat rumah setelah seminggu menuntut ilmu baru di UM dalam program U-MAST GO. Apa tu? Haa, inilah program soft skills anjuran SERU yang aku join tu. Banyak input-input yang berguna aku dapat daripada program ni. Program ni memang terbaik dan kumpulan 1 & 2 memang OHSEM !! :D One Big Family. Cerita banyak pun buat sakit jari je tulis. Lagipun nak siapkan cerita pendek a.k.a. Cerpen yang dah berminggu-minggu tertinggal. HeheNah, tengok gambar ni. ^_^



Gambar ni kat Templer Park, Rawang. Jom Perang !! :D


Selepas kelas Entrepeneur & Innovation. :)



4th Rangers Awesome :D


GROUP 1 AWESOME !!! 


Juara Sticker. HAHA


ONE BIG FAMILY. :)

Cukuplah ni je. Nantikan bahagian kedua, siap dengan detail pasal program ni. Sekarang ni agak sibuk buat hantaran. Gambar je sempat. :D

OK, jumpa lagi kawan-kawan. Semoga ilmu yang kita peroleh ni, dimanfaatkan sebaik-baiknya. Allahuma Yassir Wala Tuassir.. Inshaallah.. :)





Rabu, 9 Januari 2013

Wordless Wednesday

Paper PMBI ( Pengajian Melayu Bersumberkan Islam ) sangatlah susah. Harap dapat score A gemuk. :) InshaAllah.

Isnin, 7 Januari 2013

Tabiat Buruk

Assalamualaikum semua. Hari ni 7.1.2013 dan sehari je lagi nak start exam PMBI dan dua hari lagi nak start exam Tamadun Melayu dan tiga hari lagi nak balik rumah ! Yeay !! Tak sabar nak rumah, rindu kat semua especially kat Mak. Harap perjalanan balik nanti dilindungi Allah dan dipermudahkan sebabnya kena balik sendiri. InshaAllah, Farah boleh ! :D Sebenarnya, nak habaq sikit pasai tabiat buruk nih hah. Tabiat buruk siapa?? Siapa lagi kalau bukan akulah. Nak tahu mende tabiat buruk aku sejak minggu exam ni. Mai baca. :D

  1. Masa study week, aku balik rumah sebab ada cuti seminggu sebelum exam. Bukan cuti sebenarnya, tapi boleh dikira macam cuti jugaklah. Masa ni, memang tak pegang bukulah nampak gayanya. Mana taknya, aku dah macam anak manja kat rumah tu. Haha. Seminggu tu asyik keluar je. Siang keluar dengan Angah dan sepupu yang lain. Malam pulak Abah bawak keluar makan memanjang. Hehe. Lagipun, lepas ni semua dah nak sekolah balik. Nina nak balik asrama dia dah, Ami nak masuk sekolah dah. Aku nak balik UM dah. Lihat, macam mana Abah tak bawak jenjalan. :D Padahal kami yang cucuk Abah suruh bawak jalan-jalan. Hehe. Nakal kan anak-anak Mak dengan Abah ni. :)

     
  2.  Kembalinya aku ke UM, nilah tabiat buruk aku. Minggu pertama exam, aku habiskan masa dengan tidur, tidur dan tidur. Lihat lagi, betapa buruknya tabiat aku. Tak boleh tengok bantal Ben 10 aku tu, mesti memanggil-manggil suruh tidur. Tak cukup dengan tu, selimut yang dah lama tak basuh tu menyeru aku untuk terus diulit mimpi. Haih, memang tergodalah aku. Tengok, aku dah membuang masa dengan tidur sahaja. Amat buruklah tabiat aku ni.

  3. Dah puas tidur, ni ha tabiat butuk lagi satu. Jadi burung hantu sampai 2-3 pagi duk tengok tonton. Nilah, tabiat paling buruk aku rasa. Baik aku buat ulangkaji daripada tengok tonton tu. Tapi nafsu ni ha, haih. Geleng kepala aku dengan diri sendiri. Malas nak cakap !!

  4. Tak cukup dengan tu nah amik ni FARMVILLE. Aku dah gila berkebun pulak. Lagi malas nak cakap !!

  5. Yang last ni takdalah burukkan. Sebab menghudapte blog walaupun lusa ada exam PMBI yang memerlukan skrip jawapan yang berjela-jela untuk ditulis. Haaaaa.... Ok bai..
Ha, korang tengok. Burukkan tabiat aku. *kalau Mak tengok mesti dah membebel. Tapi aku memerlukan bebelan tu untuk jadikan sebagai motivasi untuk aku buat ulangkaji. Kat sini takdak sapa nak bebel kat aku. sob. sob. sob. Sat gi nak tepon Mak lah..
Korang-korang semua jangan tiru apa yang aku buat tau. Nanti buruk padahnya. :D
Jom study !!

Selamat Tinggal 2012 dan Selamat Datang 2013

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, kurang lebih beberapa jam lagi kita akan menyambut tahun baru iaitu 2013. Erm, penuh TL dengan FB pasal azam baru. Tu tak kisahlah, masing-masing ada hak nak tentukan azam sendiri dan bila mereka-mereka ni nak berazam. Tak gitu? Nak berazam tu boleh, berazamlah setinggi mana pun, seluas manapun dan sebesar manapun takda siapa nak halang. Tapi azam kita tu mestilah yang berfaedah dan mendatangkan manfaat kepada kita. Buat newbie-newbie, azam korang tu janganlah merepek-merepek. Fokus study dulu ye. Sekolah pun tak lepaih lagi, dah azam nak bercinta dengan tu, dengan ni, setia dengan tu, dengan ni. Aishh, korang ni tak fikir dulu ke nak berazam. Dah melalut dah aku. Bukan pasal ni yang aku nak bagi tahu. Aku nak bagi tahu azam aku pulak. Tapi azam ni dah buat masa 1 Muharam yang lepas. Nak tau mende azam aku. Meh sini. :D

Azam Tahun Baru ni iaitu pada 15.11.2012 / 1 Muharam 1434 Hijrah ialah :

  1. Untuk final exam yang akan mula pada 2.1.2013 dan habis 10.1.2013, aku akan buat sehabis baik yang mungkin. Sebab azam aku nak dapat dekan dan nak genbirakan hati Mak dan Abah. InsyaAllah, usaha, doa dan tawakal aku selama ni akan membuahkan hasil. Aku jugak harapkan kejayaan kawan-kawan aku yang lain. Especially for my bestfriend Nurul Fatihah. :)
  2. Untuk permulaan sem 2 nanti, aku nak fokus pada study dan bergiat lebih aktif lagi dengan aktiviti U, Fakulti dan Kolej. Kolej apa? Kolej Kinabalu tercinta lah. Aku nak jadi pelajar yang mampu membahagikan masa antara pelajaran dan hiburan. Sebab hiburan tu penting jugak untuk rehatkan minda. :D
  3. Untuk permulaan sem 2 jugak, aku akan belajar balik rumah sendiri. Tak nak tumpang Angah dah. Heee, nak belajar naik ETS ataupun bas. Tapi boleh ke?? Eh, mesti bolehlah. Farah boleh !!
  4. Tak nak fikir pasal benda-benda yang tak berfaedah, tak nak termenung dah, tak nak tangguh-tangguh kerja dah especially esaimen. Hee..
  5. Azam yang last ni bukan untuk tahun ni je, tapi untuk 2 tahun akan datang jugak iaitu nak jadi Pelajar Cemerlang tiap-tiap semester dan dapat Anugerah Pelajar Terbaik masa grad nanti. InsyaAllah. :)
 So, nilah azam aku. Tak lupa jugak, azam aku nak upgrade diri menjadi muslimah solehah yang berjasa kepada Mak Abah, bakal Zauj, keluarga, rakan-rakan, agama, bangsa, dan negara. Amin Ya Rabbal Alamin.

Maaf lambat post, sebab busy dengan esaimen dan macam-macam lagi. :D

Selasa, 18 Disember 2012

Tetiba Rerajin..

Assalamulaikum semua. Yeah, bebeh. Korang-korang semua sihat ke? Aku? Alhamdulillah, sihat je. Cuma selsema-selsema je neh ha. Sebabnya kena hujan petang tadi. Tetiba pulak hujan balik dari kelas KKM tadi. HEHE. Gua suka melalut, bukan ni gua nak cerita. Tengok wa punya tajuk sikit. TETIBA RERAJIN. Hah? Apasal pulak?

HEE, tajuk TETIBA RERAJIN ni sebab wa malam neh tetiba rerajin pulak nak hupdate blog korang. Padahal, nak final dah. Eh, ada kena mengena ke final dengan blog. Ah, lantaklah yang penting aku rajin malam ni. HAHA. Rajin mengadap social networking adalah. Padahal, tu baju sebaldi tak basuh lagi, nota sebeban tak buat lagi, dan buku bertimbun menunggu aku untuk study. Hambekkau..

Merepek lagi aku ni. Ha, sebenarnya nak rerajin nak bagitahu korang yang minggu ni dah last kuliah. Next week dah study week. So, kesimpulannya, aku nak balik rumah. Hoyeahhh!!! Mak tunggu Ra balik ye. :D Dan yang paling penting, 2/01/2013 aku dah start final exam. Ha, takut tak??  Takutkan, so PERGILAH STUDY wahai Ra oiii.. HAHA..

Oklah, kalau korang nak tengok aku membebel meraban tah apa-apa, tunggu aku habis exam dululah ye. *Perasan je yang orang tunggu dia hupdate. :) Apapun, doakan selamat maju jaya untuk saya dan rakan-rakan yang lain ye.. :) InsyaAllah, aku akan buat yang terbaik..

Khamis, 13 Disember 2012

Peperiksaan Akhir Bagi Sem 1 Sesi 2012/2013

Assalamualaikum semua.. Sihat? Alhamdulillah, baguslah kalau sihat.. Aku? Secara fizikalnya aku sihat, tapi dalaman aku tak berapa nak sihat.. Sebab?? Nak tahu jugak ke? Meh sini, aku taip korang semua baca ye.. 


  1. Rindu kat Mak, Abah, Adik, Kak Cik, dan Ami.
    Sebabnya aku ni anak manja. Eh, mana ada manja cuma terlalu rapat dengan family dan ni pertama kali aku berpisah dengan family. Bayangkan, ceh macam apa je nak bayang-bayang bagai. HAHA. Ok, selama 20 tahun 2 hari aku tak pernah berpisah jauh dengan family especially dengan Mak. Sebab apa 20 tahun 2 hari?? Sebabnya birthday aku 30hb 8 dan 2hb 9 tu aku terpaksa mendaftar ke UM sbb nak sambung belajar. Hah ! Best tak hadiah hari jadi aku. HEHE. Apapun, aku bersyukur sangat sebab dapat sambung belajar kat UM ni. UM ni banyak mengajar aku apa itu erti RINDU. HAHA. Jiwang ke apa neh? Tapi seriously, rindu sangat-sangat family. Love youuu semuaa.<3
  2. Terlalu banyak 'esaimen' sampai menggunung-gunung tingginya.
    Haaa, nampak tak tingginya 'esaimen' aku.. HAHA.. Serious, memang pening, sakit kepala memikirkan nak menyiapkan esaimen ni. Mana dengan nak layan kerenah ahli kumpulan, masalah itu, masalah ini, benda ini, benda itu. Itulah, masa awal-awal sem, semua pakat rileks tak ingat dunia. Heaven sangatlah duk universiti ni kan. Dah masuk minggu ke 10 ke atas, semua pakat kelam kabut menyiapkan esaimen. Masa tulah terkejar-kejar masa nak buat group discussion. Haah ! Amekkaww,  kalau ada 4 esaimen grouping, empat-empat tulah nak buat tergedik-gedik nak buat discussion bagai. Sampaikan tak tahu nak pergi yang mana satu sebab semuanya dah clash. Hambekkauu.. HAHA.. Sampaikan aku pun sama, pening tak tahu nak buat apa. Apapun, saat-saat macam nilah kita tahu erti sebenar kehidupan kat U ni. Aku pun teramatlah enjoy dengan life as a student kat UM ni. 'Pengalaman itu adalah guru yang terbaik'.
  3. Masalah peribadi yang aku tak patut masukkan dalam kehidupan aku sebagai pelajar.
    TEEETTTT !!! Rahsia.......... HAHA.. Tapi masalah ni aku boleh setel sendiri. Takdak hal lah. Gua kan kuat, mana ada nangis-nangis semua ni.. :D
  4. Tak cukup rehat dan tidur.
    Bab ni memang aku stress. Serious, kat sini tak cukup tidur bila waktu puncak iaitu time esaimen semua nak kena hantar. Nak kena buat slide powerpoint lagi, hantar itu, hantar ini, presentation itu, presentation ini. Huarrrghhhh, rasa nak jadi SHE HULK lah pulak time ni. Ya Allah, masa ni tidur memang lambatlah kan. Semua budak-budak APM gua rasa macam gua jugak. Penat, tak cukup tidur, takdak masa nak rehat dan semualah. Tapi kalau dapat tilam dengan bantal masa tu, memang tak lepaskan peluanglah. Masa tidur tu sangat-sangatlah berharga lu tau tak. HEHE. Gua dahlah kuat tidur, tapi gua tak pernah missed kelas pagi. Cuma ada sekali je, sebab gua kat Perak masa tu. Malas nak balik sebab masa tu gua HOMESICK !! HAHA. Dah, dah. Sambung tidur cepat! :D
  5. FINAL EXAM COMING SOON.
    Haaahhh.. Ni memang cabaran paling besar sepanjang 14 minggu aku kat UM ni. Awal bulan 1 ni aku dah start exam. Sekarang ni masa untuk ulangkaji dan buat apa yang patut untuk final ni. Hajat dihati besar weh. Ehem! Ehem ! 'Jinak-jinak si merpati, 4 Flat hajat dihati'. Wahh, pandai tak aku berpantun. HAHA. Tengok, besarkan hajat aku. InsyaAllah, aku akan berusaha untuk menjadi pelajar cemerlang APM tiap-tiap sem kalau boleh. Aku nak gembirakan Mak dan Abah sebab dah susah payah hantar aku pergi belajar. Dah banyak berkorban untuk aku selama ni. Apa salahnya aku balas jasa Mak, Abah dengan kejayaan aku ni. InsyaAllah, doakan ye kawan-kawan semua. Aminnn...
Haahh, tulah sebab-sebab kenapa dalaman aku tak berapa nak sihat. Banyak sebab lain lagi. Cuma satu je sebab yang aku boleh bertahan selama berada di bumi UM tercinta ni. Sebabnya Allah redha niat aku untuk menuntut ilmu, dan restu Mak, Abah, adik beradik, pakcik makcik, sepupu-sepupu, kawan-kawan dan semualah yang buat aku kuat dan masih bertahan, walaupun kadang-kadang aku berputus asa dan sedih. :) Terima Kasih semua. InsyaAllah, Ra akan buat yang terbaik untuk semua.. :)



Khamis, 15 November 2012

KAMI MENGGILA SEMALAM..




Assalamualaikum semua.. MENGGILA?? Haaa!!

HEHE.. Semalam aku hangout dengan sayang-sayang aku.. Memasing tengah cuti midsem sekarang ni.. So, kami decide nak lepak kat AEON Station 18 ( paling besar kat Perak ). Dah letih jalan-jalan and shopping, memasing nak tengok wayang.. So, decide punya decide kami tengok cerita SILENT HILL.. Bapak best sampai aku tutup MATA.. Ika kata aku berdoa time tengok cerita tu.. HAHA.. Kelakar pun ada, takut pun ada.. Macam-macam ada.. Haha..

Balik dari tu kami menggila pulak dengan snap pic guna SPEK 3D.. HAHA.. Kalau dah dapat bergambar, memang tak ahh kitaorang.. Sanggup stop tepi jalan, snap pic dulu.. Time stop kat traffic light pon JADI.. HAHA.. Asyik gelak je kitaorang semalam..

Dari kiri Ika , aku , M , Hanis , Jihah..


Khamis, 8 November 2012

Hari Pertama di Universiti Malaya

Cerita kali ni teramatlah panjang berjela - jela nye pun hadoii .. Maaf , tak menggunakan bahasa yang betul sebabnya tengah seteress ni .. Mohon jangan tegur , kalau tak lagi seteress OK .. OK, cerita kali ni pasal aku dah jejak pun kaki kat UM ni ha oii .. 2 hb hari tu aku p daftar .. Bapak lambat gila aku update belog .. Ni dah masuk minggu ke 4 aku ada kat UM ni ha .. Meh dengaq cerita kat bawah ni .. Aku setory minggu ke minggu ..

Minggu pertama lepas daftar , opkoslah ada orientasi oii .. Yang ni paling aku tak suka sekali .. Kat sini tak panggil orientasi , tapi MINGGU HALUAN SISWA atau MHS .. Dalam dok ralit2 daftar tu , baru teringat .. Ah !! Sudah , ada barang yang tertinggai .. Memang CUN lah , X-Ray aku tertinggal kat rumah Mak Long sbb malam sebelum daftar tu , kami 1 family tidur kat rumah Mak Long .. Lantak p lah , nanti boleh suruh Abah hantaqkan kat sini.. He He .. Tak sah kalau tak nyusahkan orang .. Lepas daftar , dapatlah segala benda2 alah macam fail , beg sampai dua oii , T-Shirt kolej baq hang n etc .. Muehehe .. OK , lepas dapat semua tu , buat recheck dulu n then dapat kunci bilik .. Yes !! Aku org first sampai bilik tu , dapatlah mengecop katil bawah .. Nak amik atas , aku gayat weh .. Lepas dapat bilik , Mak Abah pun tolonglah angkat2 barang bawak masuk bilik n borak2 jap dengan aku .. Rumate aku tak sampai lagi ..

Lepas semua settle , Mak Abah pun baliklah .. Mulalah babak drama petang petang kat TV tu .. Tak yah cerita detail lah.. Malu.. ^_^.. First day HALUANSISWA berjaya membuatkan aku menangis.. Call Mak pukul 1 pagi sebab nak balik rumah.. Haha.. Kelakar bila ingat balik.. Jenuhlah Mak dengan Abah pujuk.. Tiap-tiap sebelum tidur aku call Mak.. Homesick?? Memang aku homesick !! Sebab tak pernah berpisah dengan family especially dengan Mak.. Malam-malam nyorok dalam selimut, malu nak nangis.. Hehe..
Masa MHS jumpalah sorang budak Pahang ni.. Siti Hasmah namanya, dialah kawan saya dari MHS sampailah sekarang.. :)

Habis MHS, setart lah kuliah.. Nasib jadual tak pack macam Ham.. Haha.. Kesian Ham.. Start je kuliah, memasing mulalah sibuk dengan study, esaimen, field work n memacam aktiviti.. Macam tulah aku, tapi sempat lagi curi2 masa untuk balik rumah tiap2 minggu.. :D Kalau tak balik pun, lepak rumah Angah kat Klang.. Ada sekali tu, abg gg sanggup dari Perak datang sini sbb tau adik sedara dia ni homesick sesangat.. Hehe.. Thanks abg gg.. 

So, konklusinya sampai sekarang aku still homesick.. Tapi aku enjoy dengan kehidupan dekat UM ni.. Walaupun banyak halangan dan rintangan yang terpaksa aku lalui sebagai seorang mahasiswi. :)

*Nota kaki : Ra sayang Mak sgt2.. Rindu kat semua.. :)


Masa dalam dewan kuliah.. Yang depan tu kawan saya, Shai..

Ni pulak kawan yang saya cakap tu Siti Hasmah.. :)

*Nota kaki lagi 1 : Almost 3 bulan tak hupdate blog ni.. Bz sangat lah tu.. :D

Selasa, 7 Ogos 2012

Diari 1 ~~ Dah sedia ??

Assalamualaikum semua..

Huh !! Tajuk pun macam apa je kan.. Dah ready ke ? Lah , ready apa pulak ni.. Cuba cakap straight to the point kan senang.. Dah ready ke aku nak pergi sambung study ni , ready ke nak berpisah dgn family  dan ready ke aku nak bergelar seorang mahasiswi UM ?? Ya Allah , rasa berat hati nak tinggalkan family , kawan2 yang lain dan segalanya yang ada kat rumah.. ( Eh , tu dah ngada2 tu , barang kat rumah pun nak jugak.. Ha Ha ) Tapi seriusly , macam tak nak pergi , tapi nak jugak merasa hidup jauh dari family ni.. TAPI !!! Huh , banyaknya tapi budak Farah ni kan.. Pergilah jelah , peluang datang sekali je dalam hidup ni.. Cekalkan hati dan belajar sungguh2 untuk bahagiakan Mak dan Abah.. Banggakan jugak Arwah Opah dan Arwah Nenek yang dah besarkan aku dari kecik..

Tapi aku bukan macam adik aku yang perempuan ni.. Dia jenis yang cekal hati , masa masuk asrama time form1 tak pernah tepon mak nangis2 ke apa ke.. Tapi aku , pergi kem seminggu pun , memalam tepon mak nangis2.. Apa kes ? Ha Ha , tu lah hakikatnya.. Dah lah cepat nangis , cepat tersentuh pulak tu.. Walau apa pun aku kena pandai kawal perasaan , time macam nilah aku boleh kurangkan sifat mudah nangis dalam diri aku ni.. Jangan asyik nak manja dengan mak je.. Kan kan.. Ha , yang lain pun setuju jugak.. Buat masa ni sepupu sepapat yang dah sedia maklum tahu aku ni jenis penangis , dah bagi macam2 nasihat dan tips2 kat aku.. He He.. Lagi lah buat aku rasa terharu dan nak nangis.. uarrghhh.. :(

Apapun aku tekad , masuk je sana aku nak fokus study , dapat jadi pelajar cemerlang dan genggam segulung ijazah serta bahagiakan family aku.. InsyaAllah.. Amin2 Ya Rabbal Alamin..

Ahad, 29 Julai 2012

Diari 1 ~~ Dugaan dalam kesakitan


Assalamulaikum semua.. Entry ni dah lama sebenarnya.. Nak cerita perkara yang berlaku seminggu sebelum puasa dan hari mendapat result UPU.. 13 Julai 2012 , result UPU keluar , tapi aku demam + ulser keliling mulut + sakit tekak.. Dalam semiggu sebelum puasa aku kena demam dan tak boleh makan apa2 langsung kecuali minum susu dan air suam.. Berat badan memang turun dan badan nampak susut.. Demam yang paling teruk aku pernah kena.. Walaupun demam , tapi aku haaaapppy sebab dapat masuk UM.. Alhamdulillah , ada hikmah aku demam.. Time tu terus peluk mak , sebab mak ada kat sebelah tengah bagi aku makan ubat.. Tu pun Najihah yang tolong checkkan tuk aku dan my best fren M.. Alhamdulillah syukur sangat2.. Segala penantian dan pengorbanan aku selama ni berbaloi.. So, sekarang tgh prepare sikit2 persiapan tuk ke sana bulan 9 nanti.. Doakan kejayaan aku dan rakan2 yang lain dalam menempuh perjalanan yang baru.. Amin Ya Rabb..



Ahad, 8 Julai 2012

Diari 1~~ Aku manusia lemah

Ya Allah , sesungguhnya aku hamba-Mu yang lemah..
Aku hanya insan biasa  ,
Yang ingin mencari cinta hakiki ,
Cinta hakiki yang diredhai Ilahi ,
Payah kurasakan untuk mencari ,
Hari demi hari aku mencari ,
Mencari cinta yang tulus suci ,
Yang mekar di sanubari insani..

Bukan cinta nafsu yang kucari ,
Tapi cinta fitrah insani ,
Yang disalurkan kepada jalan yang suci ,
Dan kuyakini pernikahan abadi ,
Adalah cinta yang hakiki ,
Untuk menggapai redha Ilahi ,

Aku telah bertemu sang adam tatkala aku melalui liku-liku kehidupan ,
Ya Allah , mungkinkah akan ada cerita cinta setelah aku menelusuri hidup hari demi hari ? ,
Adakah itu cinta tulus yang hakiki dan diredhai Ilahi ?
Namun , tekaan hamba-Mu ini salah , ada sahaja dugaan yang mendatang ,
Ya Allah , hinakah hambu-Mu ini untuk menggapai cinta hakiki yang diredhai ?

Ya Allah , berikanlah aku cinta ,
Untuk temaniku dalam sepi ,
Untuk membimbingku ke jalan-Mu ,
Untuk menjadikanku muslimah mithali ,
Demi meraih redha Ilahi..

Allahhu Rabbi ,
Sabarkanlah hatiku , tabahkanlah jiwaku ,
Moga aku tetap teguh pada-Mu ,
Sungguhku mencari cinta hakiki dan mendambakan Kasih dan Redha-Mu ,
Agar segalanya indah bersama-Mu Ya Allah ,
Amin , Amin , Amin Ya Rabbal Alamin..



nukilan sendiri + copy dari iluvislam.. V.. ^_^





 
 



Jumaat, 29 Jun 2012

Diari 1~~ Aku dera diri aku sendiri !!

Assalammualaikum semua..

Senyum sikit.. :)  Hm, tapi aku? Takda mood nak senyum.. Tiba2 teringat kat dia dan segala2 tentang dia.. Semalam gastrik aku datang dengan pantas dan menyakitkan.. Mana taknya , malam baru perut aku ni diisi.. Tu pun aku makan burger yang abah beli.. Dari pagi aku tak jamah apa2 pun sampailah balik kerja.. Mula2 ok lagi , lepas je pukul 9 ke atas aku dah mula rasa nak pitam , berpinar2 mata aku.. Nak bukak mata lagi lah.. Perut jangan cakaplah , memang sakit sangat2.. Dahlah aku tengah basuh baju masa tu.. *time malam jelah yang ada untuk aku basuh yang dah bertimbun dalam bakul tu.. Terpaksalah aku stop basuh baju.. Masuk bilik , then nangis2 panggil mak aku.. Mak? opkoslah mintak tolong mak sapukan minyak angin kat perut.. Dah penat2 mak aku membebel , yelah sapa suruh tak makan2 1 hari suntuk, mak aku pun pergi dapur ambil magnesium trisilicate.. Ubat gastrik yang paling aku tak suka.. Rasa payau !! Terpaksalah aku telan jugak , nak kurangkan sakit.. Kalau tak , tak tidur aku malam tadi..

Dan , hari ni pun aku tak makan jugak.. Aku dera perut aku lagi hari ni.. Kejam kan?? Hm, aku bz buat kerja sampai missed waktu makan.. Lepas tu nafsu nak makan pun terbantutlah ,  dan akhirnya balik rumah nantilah aku makan.. Jangan gastrik lagi malam ni sudahlah.. K lah , nak sambung buat kerja.. Kepada sapa2 yang ada gastrik tu , makanlah ikut time , jangan makan makanan yang pedas2 , yang masam2.. Selalu makan ubat ok.. Jangan jadi malas macam saya.. ^^


Ni lah ubat yang payau sangat tu !!

Selasa, 26 Jun 2012

Diari 1~~ Pernah ke korang tengok aku sedih??

Assalamualaikum semua.. Apasal tah tengah2 hari panas ni tiba2 nak sedih pulak.. Aishh , pernah tak korang tengok aku sedih / muka muram? Mesti jawapannya tak pernahkan , opkoslah tak pernah sebab korang selalu tengok aku happy je.. Senyum memanjang , sengih sana sini , ketawa tak ingat , keluar sama2 dengan korang tapi dalam hati aku ni ada ketidakgembiraan di situ.. Korang tak tahu yang hati aku ni penuh dengan luka yang tak berdarah , macam manalah korang nak tahu sebab aku tutup semua kesedihan aku dengan senyum yang dibuat-buat.. Pandai kan aku berdrama dan brlakon depan korang? Aku buat pun sebab aku rasa , buat apa nak tunjukkan kesedihan aku dan meraih simpati orang ramai sedangkan ramai lagi insan2 kat luar sana yang lebih menderita kesedihan daripada aku ni.. Kan?? Ha tau pun..

Sebabnya aku tak nak bersedih dan layan perasaan macam orang mati laki adalah adanya family tercinta , tersayang dan ter ter lah semuanya.. Aku sayang family aku especially my mak.. Walaupun aku suka gaduh dengan mak aku , ada apa2 hal aku akan cari mak jugak.. Macam tulah mak aku , kalau mak aku marah2 aku , last2 mak aku cari aku jugak.. Vice versa lah senang.. Betullah kata orang , mak akan banyak mulut (bising) kat anak sulung ni sebabnya SAYANG.. Tak gitu mak? He He He.. Korang akan perasan benda ni, bagi yang anak sulung lah.. Lepas tu , arwah opah aku.. Hm, yang ni aku akan nangis jap.. Aku banyak kongsi masalah aku dengan arwah opah aku.. Sampaikan soal cintan pun aku cerita kat opah aku.. Pemergian opah aku mmg buat aku sedih sangat2 sebab aku yang jaga arwah opah aku 1 bulan sebelum arwah opah meninggal.. :(  Lepas tu , adanya kezen2 aku yang memahami dan saudara sepupu sepapat se se semualah.. Lepas tu , opkoslah kucing2 yang aku adopt daripada pasar.. Kucing2 ni terlebih manja , sampaikan tidur pun sama2.. Tu opkoslah kan , dah aku yang manjakan bawak tidur sekali.. Lepas tu barulah kawan baik aku yang sorang ni.. Nurul Fatihah a.k.a M.. Semua masalah aku cerita kat dia even sekecil kuman pun.. Banyak sangat suka duka aku bersama dia.. Dah macam kakak aku , aku pulak yang terlebih manja sampaikan kalau takda dia , aku tak tahulah macam mana aku nak survive kat luar.. Aku ni malu sikit.. Ye kot.. Baru tadi aku luahkan something kat dia , mmg hal tu dia dan family aku je akan tahu.. Hah ! Korang jangan pikir bukan2 ye.. He He He.. Adalah  masalahnya , korang tak yah tahu pun.. Lepas tu , kawan baik aku lagi sorang ni.. Ala yang aku cerita tu , yang lelaki tu.. Erk , buat2 paham jelah ye.. Dia pun banyak semangat kat aku.. Dorang2 nilah semangat untuk aku terus tersenyum dikala aku sedih dan berduka..^_^

Sebab tu korang tak pernah tengok aku sedih / muka aku macam makan cuka.. Eh , pernah ke aku makan cuka? Entahlah , abaikan yang tu.. OK... Yang paling penting dalam hidup aku adalah menagih kasih Allah S.W.T supaya Dia berikan aku masa untuk gembirakan insan2 yang aku sayang  , supaya aku menjadi hambaNya didunia dan akhirat.. Amin..







Apabila makhluk y kiut2 ni ada Email.. Apa akan jadi??

Assalamualaikum semua.. kali ni nak merepek jap.. Pernah tak terpikir kalau makhluk2 comel ni ada email.. Contohnya ,

1. Arnab
    
    ha , mesti email arnab tu macam ni kan.. arnab_bunny@yahoo.com







2. Kucing

    ha , kucing pulak.. kucing_black@yahoo.com
    kenapa black?? ce korang tengok uniform sekolah budak lelaki , jenama black cat kan..
    



3. Itik

    Ni kes itik pulak.. jeng ! jeng ! jeng !   itik_swantabillo@yahoo.com
    Aku agak je.. macam ni la kot.. hew hew    



4. Lembu

    Lembu? opkoslah ni ha..  lembu_dutchlady@yahoo.com   



5. Kerbau

    Kerbau?? ada idea tak?  kerbau_redbullkot@yahoo.com   



 Ni je la yang aku dapat repekkan pagi ni.. He He He.. tetiba ada keje.. nak rushing ni.. Assalamualikum semua.. ^_^