Isnin, 7 Januari 2013

Selamat Tinggal 2012 dan Selamat Datang 2013

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, kurang lebih beberapa jam lagi kita akan menyambut tahun baru iaitu 2013. Erm, penuh TL dengan FB pasal azam baru. Tu tak kisahlah, masing-masing ada hak nak tentukan azam sendiri dan bila mereka-mereka ni nak berazam. Tak gitu? Nak berazam tu boleh, berazamlah setinggi mana pun, seluas manapun dan sebesar manapun takda siapa nak halang. Tapi azam kita tu mestilah yang berfaedah dan mendatangkan manfaat kepada kita. Buat newbie-newbie, azam korang tu janganlah merepek-merepek. Fokus study dulu ye. Sekolah pun tak lepaih lagi, dah azam nak bercinta dengan tu, dengan ni, setia dengan tu, dengan ni. Aishh, korang ni tak fikir dulu ke nak berazam. Dah melalut dah aku. Bukan pasal ni yang aku nak bagi tahu. Aku nak bagi tahu azam aku pulak. Tapi azam ni dah buat masa 1 Muharam yang lepas. Nak tau mende azam aku. Meh sini. :D

Azam Tahun Baru ni iaitu pada 15.11.2012 / 1 Muharam 1434 Hijrah ialah :

  1. Untuk final exam yang akan mula pada 2.1.2013 dan habis 10.1.2013, aku akan buat sehabis baik yang mungkin. Sebab azam aku nak dapat dekan dan nak genbirakan hati Mak dan Abah. InsyaAllah, usaha, doa dan tawakal aku selama ni akan membuahkan hasil. Aku jugak harapkan kejayaan kawan-kawan aku yang lain. Especially for my bestfriend Nurul Fatihah. :)
  2. Untuk permulaan sem 2 nanti, aku nak fokus pada study dan bergiat lebih aktif lagi dengan aktiviti U, Fakulti dan Kolej. Kolej apa? Kolej Kinabalu tercinta lah. Aku nak jadi pelajar yang mampu membahagikan masa antara pelajaran dan hiburan. Sebab hiburan tu penting jugak untuk rehatkan minda. :D
  3. Untuk permulaan sem 2 jugak, aku akan belajar balik rumah sendiri. Tak nak tumpang Angah dah. Heee, nak belajar naik ETS ataupun bas. Tapi boleh ke?? Eh, mesti bolehlah. Farah boleh !!
  4. Tak nak fikir pasal benda-benda yang tak berfaedah, tak nak termenung dah, tak nak tangguh-tangguh kerja dah especially esaimen. Hee..
  5. Azam yang last ni bukan untuk tahun ni je, tapi untuk 2 tahun akan datang jugak iaitu nak jadi Pelajar Cemerlang tiap-tiap semester dan dapat Anugerah Pelajar Terbaik masa grad nanti. InsyaAllah. :)
 So, nilah azam aku. Tak lupa jugak, azam aku nak upgrade diri menjadi muslimah solehah yang berjasa kepada Mak Abah, bakal Zauj, keluarga, rakan-rakan, agama, bangsa, dan negara. Amin Ya Rabbal Alamin.

Maaf lambat post, sebab busy dengan esaimen dan macam-macam lagi. :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan