Isnin, 7 Januari 2013

Tabiat Buruk

Assalamualaikum semua. Hari ni 7.1.2013 dan sehari je lagi nak start exam PMBI dan dua hari lagi nak start exam Tamadun Melayu dan tiga hari lagi nak balik rumah ! Yeay !! Tak sabar nak rumah, rindu kat semua especially kat Mak. Harap perjalanan balik nanti dilindungi Allah dan dipermudahkan sebabnya kena balik sendiri. InshaAllah, Farah boleh ! :D Sebenarnya, nak habaq sikit pasai tabiat buruk nih hah. Tabiat buruk siapa?? Siapa lagi kalau bukan akulah. Nak tahu mende tabiat buruk aku sejak minggu exam ni. Mai baca. :D

  1. Masa study week, aku balik rumah sebab ada cuti seminggu sebelum exam. Bukan cuti sebenarnya, tapi boleh dikira macam cuti jugaklah. Masa ni, memang tak pegang bukulah nampak gayanya. Mana taknya, aku dah macam anak manja kat rumah tu. Haha. Seminggu tu asyik keluar je. Siang keluar dengan Angah dan sepupu yang lain. Malam pulak Abah bawak keluar makan memanjang. Hehe. Lagipun, lepas ni semua dah nak sekolah balik. Nina nak balik asrama dia dah, Ami nak masuk sekolah dah. Aku nak balik UM dah. Lihat, macam mana Abah tak bawak jenjalan. :D Padahal kami yang cucuk Abah suruh bawak jalan-jalan. Hehe. Nakal kan anak-anak Mak dengan Abah ni. :)

     
  2.  Kembalinya aku ke UM, nilah tabiat buruk aku. Minggu pertama exam, aku habiskan masa dengan tidur, tidur dan tidur. Lihat lagi, betapa buruknya tabiat aku. Tak boleh tengok bantal Ben 10 aku tu, mesti memanggil-manggil suruh tidur. Tak cukup dengan tu, selimut yang dah lama tak basuh tu menyeru aku untuk terus diulit mimpi. Haih, memang tergodalah aku. Tengok, aku dah membuang masa dengan tidur sahaja. Amat buruklah tabiat aku ni.

  3. Dah puas tidur, ni ha tabiat butuk lagi satu. Jadi burung hantu sampai 2-3 pagi duk tengok tonton. Nilah, tabiat paling buruk aku rasa. Baik aku buat ulangkaji daripada tengok tonton tu. Tapi nafsu ni ha, haih. Geleng kepala aku dengan diri sendiri. Malas nak cakap !!

  4. Tak cukup dengan tu nah amik ni FARMVILLE. Aku dah gila berkebun pulak. Lagi malas nak cakap !!

  5. Yang last ni takdalah burukkan. Sebab menghudapte blog walaupun lusa ada exam PMBI yang memerlukan skrip jawapan yang berjela-jela untuk ditulis. Haaaaa.... Ok bai..
Ha, korang tengok. Burukkan tabiat aku. *kalau Mak tengok mesti dah membebel. Tapi aku memerlukan bebelan tu untuk jadikan sebagai motivasi untuk aku buat ulangkaji. Kat sini takdak sapa nak bebel kat aku. sob. sob. sob. Sat gi nak tepon Mak lah..
Korang-korang semua jangan tiru apa yang aku buat tau. Nanti buruk padahnya. :D
Jom study !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan