Jumaat, 29 Jun 2012

Diari 1~~ Aku dera diri aku sendiri !!

Assalammualaikum semua..

Senyum sikit.. :)  Hm, tapi aku? Takda mood nak senyum.. Tiba2 teringat kat dia dan segala2 tentang dia.. Semalam gastrik aku datang dengan pantas dan menyakitkan.. Mana taknya , malam baru perut aku ni diisi.. Tu pun aku makan burger yang abah beli.. Dari pagi aku tak jamah apa2 pun sampailah balik kerja.. Mula2 ok lagi , lepas je pukul 9 ke atas aku dah mula rasa nak pitam , berpinar2 mata aku.. Nak bukak mata lagi lah.. Perut jangan cakaplah , memang sakit sangat2.. Dahlah aku tengah basuh baju masa tu.. *time malam jelah yang ada untuk aku basuh yang dah bertimbun dalam bakul tu.. Terpaksalah aku stop basuh baju.. Masuk bilik , then nangis2 panggil mak aku.. Mak? opkoslah mintak tolong mak sapukan minyak angin kat perut.. Dah penat2 mak aku membebel , yelah sapa suruh tak makan2 1 hari suntuk, mak aku pun pergi dapur ambil magnesium trisilicate.. Ubat gastrik yang paling aku tak suka.. Rasa payau !! Terpaksalah aku telan jugak , nak kurangkan sakit.. Kalau tak , tak tidur aku malam tadi..

Dan , hari ni pun aku tak makan jugak.. Aku dera perut aku lagi hari ni.. Kejam kan?? Hm, aku bz buat kerja sampai missed waktu makan.. Lepas tu nafsu nak makan pun terbantutlah ,  dan akhirnya balik rumah nantilah aku makan.. Jangan gastrik lagi malam ni sudahlah.. K lah , nak sambung buat kerja.. Kepada sapa2 yang ada gastrik tu , makanlah ikut time , jangan makan makanan yang pedas2 , yang masam2.. Selalu makan ubat ok.. Jangan jadi malas macam saya.. ^^


Ni lah ubat yang payau sangat tu !!

Selasa, 26 Jun 2012

Diari 1~~ Pernah ke korang tengok aku sedih??

Assalamualaikum semua.. Apasal tah tengah2 hari panas ni tiba2 nak sedih pulak.. Aishh , pernah tak korang tengok aku sedih / muka muram? Mesti jawapannya tak pernahkan , opkoslah tak pernah sebab korang selalu tengok aku happy je.. Senyum memanjang , sengih sana sini , ketawa tak ingat , keluar sama2 dengan korang tapi dalam hati aku ni ada ketidakgembiraan di situ.. Korang tak tahu yang hati aku ni penuh dengan luka yang tak berdarah , macam manalah korang nak tahu sebab aku tutup semua kesedihan aku dengan senyum yang dibuat-buat.. Pandai kan aku berdrama dan brlakon depan korang? Aku buat pun sebab aku rasa , buat apa nak tunjukkan kesedihan aku dan meraih simpati orang ramai sedangkan ramai lagi insan2 kat luar sana yang lebih menderita kesedihan daripada aku ni.. Kan?? Ha tau pun..

Sebabnya aku tak nak bersedih dan layan perasaan macam orang mati laki adalah adanya family tercinta , tersayang dan ter ter lah semuanya.. Aku sayang family aku especially my mak.. Walaupun aku suka gaduh dengan mak aku , ada apa2 hal aku akan cari mak jugak.. Macam tulah mak aku , kalau mak aku marah2 aku , last2 mak aku cari aku jugak.. Vice versa lah senang.. Betullah kata orang , mak akan banyak mulut (bising) kat anak sulung ni sebabnya SAYANG.. Tak gitu mak? He He He.. Korang akan perasan benda ni, bagi yang anak sulung lah.. Lepas tu , arwah opah aku.. Hm, yang ni aku akan nangis jap.. Aku banyak kongsi masalah aku dengan arwah opah aku.. Sampaikan soal cintan pun aku cerita kat opah aku.. Pemergian opah aku mmg buat aku sedih sangat2 sebab aku yang jaga arwah opah aku 1 bulan sebelum arwah opah meninggal.. :(  Lepas tu , adanya kezen2 aku yang memahami dan saudara sepupu sepapat se se semualah.. Lepas tu , opkoslah kucing2 yang aku adopt daripada pasar.. Kucing2 ni terlebih manja , sampaikan tidur pun sama2.. Tu opkoslah kan , dah aku yang manjakan bawak tidur sekali.. Lepas tu barulah kawan baik aku yang sorang ni.. Nurul Fatihah a.k.a M.. Semua masalah aku cerita kat dia even sekecil kuman pun.. Banyak sangat suka duka aku bersama dia.. Dah macam kakak aku , aku pulak yang terlebih manja sampaikan kalau takda dia , aku tak tahulah macam mana aku nak survive kat luar.. Aku ni malu sikit.. Ye kot.. Baru tadi aku luahkan something kat dia , mmg hal tu dia dan family aku je akan tahu.. Hah ! Korang jangan pikir bukan2 ye.. He He He.. Adalah  masalahnya , korang tak yah tahu pun.. Lepas tu , kawan baik aku lagi sorang ni.. Ala yang aku cerita tu , yang lelaki tu.. Erk , buat2 paham jelah ye.. Dia pun banyak semangat kat aku.. Dorang2 nilah semangat untuk aku terus tersenyum dikala aku sedih dan berduka..^_^

Sebab tu korang tak pernah tengok aku sedih / muka aku macam makan cuka.. Eh , pernah ke aku makan cuka? Entahlah , abaikan yang tu.. OK... Yang paling penting dalam hidup aku adalah menagih kasih Allah S.W.T supaya Dia berikan aku masa untuk gembirakan insan2 yang aku sayang  , supaya aku menjadi hambaNya didunia dan akhirat.. Amin..







Apabila makhluk y kiut2 ni ada Email.. Apa akan jadi??

Assalamualaikum semua.. kali ni nak merepek jap.. Pernah tak terpikir kalau makhluk2 comel ni ada email.. Contohnya ,

1. Arnab
    
    ha , mesti email arnab tu macam ni kan.. arnab_bunny@yahoo.com







2. Kucing

    ha , kucing pulak.. kucing_black@yahoo.com
    kenapa black?? ce korang tengok uniform sekolah budak lelaki , jenama black cat kan..
    



3. Itik

    Ni kes itik pulak.. jeng ! jeng ! jeng !   itik_swantabillo@yahoo.com
    Aku agak je.. macam ni la kot.. hew hew    



4. Lembu

    Lembu? opkoslah ni ha..  lembu_dutchlady@yahoo.com   



5. Kerbau

    Kerbau?? ada idea tak?  kerbau_redbullkot@yahoo.com   



 Ni je la yang aku dapat repekkan pagi ni.. He He He.. tetiba ada keje.. nak rushing ni.. Assalamualikum semua.. ^_^      
   
               

Sabtu, 23 Jun 2012

Diari 1~ Penyakit semulajadi aku datang sudah..

Apasal la kau datang hari ni?? Dahlah aku kat MID ni , 1 spare pun aku tak bawa dari rumah..  Dalam beg ada telekung je.. Takkan aku nak balik pakai telekung kot? Terkejut pulak orang kat luar ni.. He He He.. Lepas tu , aku tak bawak ubat spare rupanya dalam beg.. Tu lah , rushing sangat pagi tadi , aku sempat ambil beg telekung je.. Dahlah datang awal , terpaksa lah aku tahan sakit ni selama 3 jam.. Huh? Lama kan.. Sampai aku takda mood nak kerja hari ni.. Tapi mood nak bukak FB , Twitter dan Blog , ada !! ^_^


Dekat 6.30 petang dah , aku nak balik.. Tak tahan duk MID ni lama2.. Bertambah sakit aku..




Ahad, 17 Jun 2012

Diari 1~~ Maafkan aku sahabat !

Assalamualaikum.. Aku nak cerita pasal hal malam tadi.. Kaitannya dengan entry aku yang dah berminggu - minggu lepas.. Pasal " Patutkah Aku Bercinta dengan Kawan Baik Sendiri"
Kebetulan semalam kawan aku mesej aku pukul 12.30 pagi.. Dia ni memang biasa tidur lambat.. Aku pulak , kalau dah tidur malas nak bangun semata-mata nak angkat call  / reply mesej.. Dahlah aku penat , sebab petang tu banyak pulak kerja kat opis MID ni.. 


*******

beeppp.. beeppp..

dia: salam , wei kau dah tido blom??

*******
dia: wei , bangun jap mesej aku.. ada hal ni..

Disebabkan dua mesej dia yang aku tak balas , dia buat fon aku memekak pulak.. 2 / 3 kali dia call aku.. Last2 aku angkat jugak..

aku: apasal wei , pepagi kau call aku..

dia: text k !

terus dia letak fon..

******* 
Panas gak lah hati aku.. Call aku banyak kali lepas tu , cakap sepatah je..

Dengan malasnya aku pun text lah dengan dia..

aku: hah , kenapa??

dia: aku saje je.. takleh tido ar !!

aku: tu je?? aku ingat urgent sangat.. aku ngantuk la ngek..

dia: hmm

aku: kau dah kenapa pulak? 

dia: wei , betul ke kau takleh terima aku?

aku: wei , bukan kita dah slowtalk ke pasal ni?? asal kau nak cakap pasal ni lagi..

dia: sebab aku sayang kau lah ngek..

*******

masa ni aku dah tak tahu nak reply apa lagi kat dia.. serba salah pun ada.. tapi masalahnya aku tak ready lah nak cinta2 ni.. walaupun aku mengaku yang aku pun ada perasaan jugak kat dia , tapi aku masih sayangkan persahabatan ni.. aku tak nak lah kalau aku terima dia and then takda jodoh , terputus macam tu je.. boleh ke nak sambung jadi sahabat balik?? aku tak rasa macam tu.. mesti kita akan jadi orang asing walaupun almost 7 yrs kita kenal.. dengan rasa tertekan aku pun reply mesej dia..


aku: hmm , wei boleh tak ,  tak payah cakap pasal ni lagi.. kau pun dah tahu jawapanny kan.. 
         aku tak nak dua2 sakit hati nanti..

dia: dah tu , kau ingat aku tak sakit hati ke sekarang???

aku: eei , aku tahulah.. tapi kenapa sekarang wei?? kenapa tak dari dulu??

dia: dulu?? sebab dulu kau suka kat mamat tu kan?? hari2 kau asyik cakap pasal dia je.. 
       pasal aku ada kau cakap? takda kan..

aku: wei , dahlah.. tak payah ungkit pasal dulu lagi.. hmm ,  macam ni lah , apa pun aku tetap
        dengan keputusan aku.. biarlah kita jadi kawan je.. 


*******

10 minit aku aku tunggu dia reply mesej aku.. then , dia mesej aku..

dia: ok la wei , aku dah paham sekarang.. sorry lah sebab cakap pasal tu.. aku tahu kau tak
       suka kan.. aku cuma nak tahu je perasaan kau kat aku.. erm , aku nak bagi tahu ni..
       aku ada kenal sorang perempuan ni , aku jumpa masa kat nilai.. duk 1 tingkat ngan
       rumah kak aku..

aku: oh , ok lah tu.. patutlah jarang mesej aku.. k lah , aku nak tidur ni.. salam

*******


Dusshhh !! aku rasa macam kena tumbuk je masa tu.. Tetiba perasaan aku jadi lain.. Cemburu?? Cemburu ke?? Tahlah , aku pun tak tahu.. Tapi aku rasa terkilan sangat sebab dia tak bagi tahu aku pun.. Dah lama dia kat N9 tu , baru sekarang dia bagi tahu aku.. Hmm , aku keliru dengan perasaan aku sendiri.. TENSION... Lepas je aku mesej dia , aku terus Off fon.. Pukul 3 tadi baru aku On fon.. Tu diaaa , mesej dia.. Tapi aku buat tak tahu.. Still tak mesej dia lagi.. Keras kepala kan aku?? Salah aku ke kawan?? Salah tak aku buat dia macam tu??

Serius , aku buntu.. Ya Allah , berkatilah persahabatan kami..








Khamis, 7 Jun 2012

Diari 1 ~~ Kenduri kahwin Abg Jijan yang Awesome !!

Assalamualaikum semua..

Pagi ni tak ramai orang dan tak banyak kerja nak buat , so Arra boring dan bukaklah blog.. Nak merepek pagi2 ni jap.. He He He.. Ok , aku nak cerita pasal kenduri kahwin Abg Jijan 3 Jun lepas.. Almost a week dah , tapi baru hari ni dapat update sbb BUZY.. He He He.. Bukan selalu dalam family besar ada yang nak kahwin.. Tu pun lepas 4 tahun Abg Jijul kahwin , ea kot.. Aku pun tak berapa nak ingat.. Nah , tahun 2012 ni , Abg Jijan plak kahwin.. Bakal kakak saudara kami orang Kedah.. Tu diaa , orang Kedah jadi family orang Perak.. Hewhew.. * Kenapa aku gelak macam tu? Ha Ha Ha.. Abaikan yang tu.. OK , start hari khamis dah BUZY semuanya.. Ada yang buat doorgift , cari barang tu , cari barang ni , buat tu , buat ni dan segala persiapan la.. Semua family berkumpul dari mak-mak , bapak-bapak , pakcik-pakcik , makcik-makcik , kezen2 dan saudara terdekat.. Memang happening la kenduri kali ni.. 3 hari 3 malam kami berkampung kat Dataran Sungai Jahang , sebab kami buat kenduri tu kat dataran sungai..  Hari Sabtu , kami dah BUZY memasak untuk makan malam bagi pihak pengantin perempuan.. Kira kami layan memang TIPTOP la.. ^_^

Penat jangan cakaplah , tapi kerjasama dari family besar akhirnya kenduri ni selesai dengan jayanya la.. Kegembiraan jelas terpancar dari riak2 wajah kami semua.. Eceh wah !! Ha Ha Ha  , tapi memang d'best la  kenduri kali ni.. Hm , agak2 dalam masa 1/2 tahun ni ada tak abg2 dan kakak2 saudara yang nak kahwin?? Tak sabar nak rasa balik moment happy macam ni.. Kenduri a.k.a gathering reramai antara family mmg menyeronokkan.. Kat sinilah kita dapat tengok , kasih sayang antara family tu bertambah erat , sepupu2 bertambah rapat sampai gelak ketawa tak ingat dunia.. :):):) Budak2 pun seronok , seronok dapat jumpa kezen2 yang sebaya dan main sampai taknak tido.. Hewhew.. Seronok sangat2 , terasa buat kerja sampai 2-3 pagi.. Bungkus bunga telur , pack2 doorgift , potong bawang , potong tu , potong ni , dan sesekali dengar makcik2 ni bergosip sambil gelak ketawa.. ^_^.. Memang menyeronokkan la.. Aktiviti rewang ni patut diamalkan lah especially time2 kenduri.. Memang dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama keluarga.. Kekecohan tu yang buat semua ni jadi best dan happening.. Malas nak cerita panjang2 , hewhew.. Kat bawah ni ada pic kahwin.. Korang tengoklah ye.. Kalau tak nak , takyah tengok.. Hewhew.. *aku dah gelak macam tu dah.. ^_^



Ni gambar anak-anak dara yang tgh tunggu turn untuk kahwin.. Ha Ha Ha.. kecuali yang pegang kipas tu.. Lambat lagi Arra nak kahwin.. :)








Ni pulak , pengantin lelaki dan perempuan.. Awesome kan !! ^_^




Ni pulak , gabungan anak dara dan mak dara.. Hewhew



Tengah makan beradap.. *_*





Moment ni macam sedih skit.. T_T





Kalau ada masa Arra story lagi dan letak gambar banyak2.. hewhew.. ^_^




Isnin, 4 Jun 2012

Diari 1 ~~ Kenapa perlu ungkit kisah dulu??

Assalamulaikum semua.. Hari ni nak Arra nak post pasal ungkit-mengungkit hal2 lama..









Kenapa perlu ungkit kisah2 lama , sedangkan kita boleh terus pandang ke hadapan.. Ungkit-mengungkit ni banyak jenis kan? Ada yang ungkit pasal duit , pemberian , kisah2 silam dan macam2 lagi la.. Kalau ungkit-mengungkit ni , kira macam kita tak ikhlas lah kan.. Tapi kalau mengungkit kisah2 silam seseorang , apa maknanya tu?? Korang2 boleh terangkan tak?? Adakah disebabkan ketidakpuasan hati / ada sifat2 PhD dalam diri seseorang tu?? So, kalau aku cerita , korang boleh nilaikan tak yang sorang hamba Allah ni ungkit2 kisah aku dulu sebab apa??

Ok , macam ni.. Dulu aku ni aktif menari.. Aku aktif dalam tarian2 tradisional ni , macam zapin , joget , kuda kepang , inang , arab , sarawak dan lain2 la.. Aku aktif dalam tarian ni dari sekolah rendah lagi.. Almost 7 tahun dah aku aktif menari dan aku memang minat sangat2 tarian tradisonal ni.. Dah banyak pertandingan yang aku join dan semuanya berjaya.. Kami pernah buat show kat Taman Budaya , hotel dan sekolah2.. Nama group kami Gahara Teja.. Ada 12 orang ahli dan semuanya perempuan.. Kalau cakap pasal tarian ni , orang mesti pandang slack kan kat penari2 ni.. Semua orang ingat penari2 ni gedik2 , gatal dan sosial.. Tapi aku bukan macam tu , aku menari untuk kepuasan diri aku dan nak tonjolkan bakat yang aku ada.. Bukan semua orang boleh menari tarian tradisional ni.. Dulu memang puas kalau dapat menari ni , nak2 dapat step baru.. 1 hari tu memang akan praktis je sampai lah kita puas hati dengan step tu.. Ada best dan tak best jugak kalau involve dalam tarian ni.. Yang best mestilah dapat travel dan pergi macam2 tempat.. Dapat eratkan silaturahim antara penari2 dan dapat belajar macam2 jenis tarian.. Yang tak best pulak , bila ada suara2 sumbang yang tak suka kami2 ni.. Macam2 cacian pernah dapat.. Aku tak nafikan kalau dah involve dengan tarian ni , yang perempuan opkos akan dedahkan aurat , cukur bulu kening , pakai itu , pakai ini.. Tapi korang jangan salah anggap.. Aku tak pernah lagi cukur bulu kening n pakai apa2 macam rambut palsu n so on la.. Cuma dalam berpakaian semasa tarian tu je la.. Aku ni bertudung , cuma masa tarian aku terpaksa bukak tudung.. Lama2 aku faham , apa guna aku pakai tudung tapi certain2 time aku bukak tudung.. Baik tak payah pakai tudung kan macam tu.. Aku solat , tapi aku dedah aurat.. Lepas aku fikir2 , aku amik keputusan taknak menari lagi la.. Masa sekolah , opkos la kadang2 time kelas aku terpaksa skip kelas sbb nak praktis.. Tambah2 kalau pertandingan dah nak dekat.. Memang banyak la aku skip kelas.. Ustazah yang rapat dengan aku dah tak sokong aku dalam hal ni.. Atas nasihat ustazah , aku decide nak quit je..  So , aku quit menari masa awal form 4.. Last show masa tu , untuk Hari Anugerah.. Bila aku fikir2 balik , banyak dosa yang aku dah buat.. Actually , family aku pun tak suka , tapi aku dah minat masa tu.. So , abah dan mak tak boleh halang.. Tapi aku bersyukur sangat2 , aku sedar awal.. Allah bagi aku petunjuk , dan aku mesti hargai anugerah tu.. Aku tak peduli apa orang nak kata pasal kisah silam aku.. Allah Maha Pengampun..Surah al-Nisa’ adalah seruan kepada taubat. Ayat pertama menyebutkan orang yang melakukan dosa lalu ia bertaubat, maka Allah akan mengampunkannya. Allah juga menyeru segera melakukan taubat dan jangan hampir saat kematian baru hendak bertaubat. 

Aku bukan nak aibkan diri sendiri , tapi aku perlu cerita.. Mungkin boleh jadi pengajaran kat orang lain..   Dan sekarang , selepas hampir 5 tahun kenapa ada yang ungkit kisah2 aku dulu..? Salah ke aku nak berubah..? Berubah jadi lebih baik.. Aku bukan berubah jadi lebih teruk dari dulu.. Kalau aku post2 pasal kebaikan kat FB , korang akan cakap aku saja nak tunjuk2 baik.. Padahal dulu aku macam mana?? Kawan , dulu dan sekarang lain.. Aku dah forward ke depan dan tak nak pandang ke belakang.. Apa salah aku nak berubah..  Kan?? So, bila korang ungkit2 kisah aku dulu , aku jadi sedih.. Aku dah tak nak ingat semua tu , tapi korang dah mengingatkan aku tentang perkara lepas.. So , kepada orang2 kat luar sana , kalau ada rakan2 korang yang nak berubah sokong lah dia , bukan jatuhkan dia dengan ungkit kisah2 silam dia.. Seseorang tu ada hak untuk berubah menjadi lebih baik.. So , korang2 yang suka ungkit2 kisah silam orang lain , baik korang doakan yang dia akn berubah menjadi baik / lebih baik daripada korang ceritakan kisah2 silam dia.. Itu hanya akan mengaibkan diri dia , dan hukum mengaibkan orang ni apa?? Erm , korang faham2 je la ye.. So , post aku sampai sini je.. Renung2 kan lah.. Aku mohon lepas ni jangan ungkit2 kisah lalu aku.. :):):) 







Jumaat, 1 Jun 2012

Diari 1~~ Allah , Jagakan Dia

Assalammualaikum semua.. Hari ni tak banyak kerja sangat , so masa yang terluang ni Arra bukak Youtube dan cari lagu yang jiwang2.. Ha Ha Ha.. Jiwang ke?? Tah la.. Lagu ni dari Motif Band_Tuhan Jagakan Dia.. http://www.youtube.com/watch?v=D_Ry4T-of6c



Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmau

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Walau ku tahu kau takkan sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmau

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku




Diari 1 ~~ Patah Jadi Dua


Assalammulaikum semua.. Hari ni takda post baru , just nak share lirik lagu.. Baru je jumpa lagu ni semalam.. Nak dengar n tengok video klip , cari kat Youtube_http://www.youtube.com/watch?v=Ef4O2PumoCA



Lirik Lagu Alda Risma - Patah Jadi Dua 

Aku Selalu Bersabar Menantikan
Dirimu Karena Aku Sayang Padamu
Dengan Kesungguhanku
Aku Rela Bersabar Menantikan Dirimu
Karena Hanya Karena Dirimu Sayang
Yang Selalu Kurindu

Walau Kadang Hati Bertanya
Mungkinkah Kau Dan Aku
Namun Bunga Cinta Didada
Telah Bersemi Dan Tumbuh
Kasih Jangan Buat Hatiku
Patah Jadi Dua

Ku Selalu Bersabar Aku Rela
Bersabar Aku Sabar Menantikanmu
Duhai Kekasihku

Walau Kadang Hati Bertanya
Mungkinkah Kau Dan Aku
Namun Bunga Cinta Didada
Telah Bersemi Dan Tumbuh
Kasih Jangan Buat Hatiku
Patah Jadi Dua

Walau Kadang Hati Bertanya
Mungkinkah Kau Dan Aku
Namun Bunga Cinta Didada
Telah Bersemi Dan Tumbuh
Kasih Jangan Buat Hatiku
Patah Jadi Dua

Walau Kadang Hati Bertanya
Mungkinkah Kau Dan Aku
Namun Bunga Cinta Didada
Telah Bersemi Dan Tumbuh
Kasih Jangan Buat Hatiku
Patah Jadi Dua

Kasih Jangan Buat Hatiku
Patah Jadi Dua
Patah Jadi Dua




Bestkan lagu ni.. Melodi slow dan menenangkan jiwa.. :)