Isnin, 4 Jun 2012

Diari 1 ~~ Kenapa perlu ungkit kisah dulu??

Assalamulaikum semua.. Hari ni nak Arra nak post pasal ungkit-mengungkit hal2 lama..









Kenapa perlu ungkit kisah2 lama , sedangkan kita boleh terus pandang ke hadapan.. Ungkit-mengungkit ni banyak jenis kan? Ada yang ungkit pasal duit , pemberian , kisah2 silam dan macam2 lagi la.. Kalau ungkit-mengungkit ni , kira macam kita tak ikhlas lah kan.. Tapi kalau mengungkit kisah2 silam seseorang , apa maknanya tu?? Korang2 boleh terangkan tak?? Adakah disebabkan ketidakpuasan hati / ada sifat2 PhD dalam diri seseorang tu?? So, kalau aku cerita , korang boleh nilaikan tak yang sorang hamba Allah ni ungkit2 kisah aku dulu sebab apa??

Ok , macam ni.. Dulu aku ni aktif menari.. Aku aktif dalam tarian2 tradisional ni , macam zapin , joget , kuda kepang , inang , arab , sarawak dan lain2 la.. Aku aktif dalam tarian ni dari sekolah rendah lagi.. Almost 7 tahun dah aku aktif menari dan aku memang minat sangat2 tarian tradisonal ni.. Dah banyak pertandingan yang aku join dan semuanya berjaya.. Kami pernah buat show kat Taman Budaya , hotel dan sekolah2.. Nama group kami Gahara Teja.. Ada 12 orang ahli dan semuanya perempuan.. Kalau cakap pasal tarian ni , orang mesti pandang slack kan kat penari2 ni.. Semua orang ingat penari2 ni gedik2 , gatal dan sosial.. Tapi aku bukan macam tu , aku menari untuk kepuasan diri aku dan nak tonjolkan bakat yang aku ada.. Bukan semua orang boleh menari tarian tradisional ni.. Dulu memang puas kalau dapat menari ni , nak2 dapat step baru.. 1 hari tu memang akan praktis je sampai lah kita puas hati dengan step tu.. Ada best dan tak best jugak kalau involve dalam tarian ni.. Yang best mestilah dapat travel dan pergi macam2 tempat.. Dapat eratkan silaturahim antara penari2 dan dapat belajar macam2 jenis tarian.. Yang tak best pulak , bila ada suara2 sumbang yang tak suka kami2 ni.. Macam2 cacian pernah dapat.. Aku tak nafikan kalau dah involve dengan tarian ni , yang perempuan opkos akan dedahkan aurat , cukur bulu kening , pakai itu , pakai ini.. Tapi korang jangan salah anggap.. Aku tak pernah lagi cukur bulu kening n pakai apa2 macam rambut palsu n so on la.. Cuma dalam berpakaian semasa tarian tu je la.. Aku ni bertudung , cuma masa tarian aku terpaksa bukak tudung.. Lama2 aku faham , apa guna aku pakai tudung tapi certain2 time aku bukak tudung.. Baik tak payah pakai tudung kan macam tu.. Aku solat , tapi aku dedah aurat.. Lepas aku fikir2 , aku amik keputusan taknak menari lagi la.. Masa sekolah , opkos la kadang2 time kelas aku terpaksa skip kelas sbb nak praktis.. Tambah2 kalau pertandingan dah nak dekat.. Memang banyak la aku skip kelas.. Ustazah yang rapat dengan aku dah tak sokong aku dalam hal ni.. Atas nasihat ustazah , aku decide nak quit je..  So , aku quit menari masa awal form 4.. Last show masa tu , untuk Hari Anugerah.. Bila aku fikir2 balik , banyak dosa yang aku dah buat.. Actually , family aku pun tak suka , tapi aku dah minat masa tu.. So , abah dan mak tak boleh halang.. Tapi aku bersyukur sangat2 , aku sedar awal.. Allah bagi aku petunjuk , dan aku mesti hargai anugerah tu.. Aku tak peduli apa orang nak kata pasal kisah silam aku.. Allah Maha Pengampun..Surah al-Nisa’ adalah seruan kepada taubat. Ayat pertama menyebutkan orang yang melakukan dosa lalu ia bertaubat, maka Allah akan mengampunkannya. Allah juga menyeru segera melakukan taubat dan jangan hampir saat kematian baru hendak bertaubat. 

Aku bukan nak aibkan diri sendiri , tapi aku perlu cerita.. Mungkin boleh jadi pengajaran kat orang lain..   Dan sekarang , selepas hampir 5 tahun kenapa ada yang ungkit kisah2 aku dulu..? Salah ke aku nak berubah..? Berubah jadi lebih baik.. Aku bukan berubah jadi lebih teruk dari dulu.. Kalau aku post2 pasal kebaikan kat FB , korang akan cakap aku saja nak tunjuk2 baik.. Padahal dulu aku macam mana?? Kawan , dulu dan sekarang lain.. Aku dah forward ke depan dan tak nak pandang ke belakang.. Apa salah aku nak berubah..  Kan?? So, bila korang ungkit2 kisah aku dulu , aku jadi sedih.. Aku dah tak nak ingat semua tu , tapi korang dah mengingatkan aku tentang perkara lepas.. So , kepada orang2 kat luar sana , kalau ada rakan2 korang yang nak berubah sokong lah dia , bukan jatuhkan dia dengan ungkit kisah2 silam dia.. Seseorang tu ada hak untuk berubah menjadi lebih baik.. So , korang2 yang suka ungkit2 kisah silam orang lain , baik korang doakan yang dia akn berubah menjadi baik / lebih baik daripada korang ceritakan kisah2 silam dia.. Itu hanya akan mengaibkan diri dia , dan hukum mengaibkan orang ni apa?? Erm , korang faham2 je la ye.. So , post aku sampai sini je.. Renung2 kan lah.. Aku mohon lepas ni jangan ungkit2 kisah lalu aku.. :):):) 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan