Selasa, 7 Ogos 2012

Diari 1 ~~ Dah sedia ??

Assalamualaikum semua..

Huh !! Tajuk pun macam apa je kan.. Dah ready ke ? Lah , ready apa pulak ni.. Cuba cakap straight to the point kan senang.. Dah ready ke aku nak pergi sambung study ni , ready ke nak berpisah dgn family  dan ready ke aku nak bergelar seorang mahasiswi UM ?? Ya Allah , rasa berat hati nak tinggalkan family , kawan2 yang lain dan segalanya yang ada kat rumah.. ( Eh , tu dah ngada2 tu , barang kat rumah pun nak jugak.. Ha Ha ) Tapi seriusly , macam tak nak pergi , tapi nak jugak merasa hidup jauh dari family ni.. TAPI !!! Huh , banyaknya tapi budak Farah ni kan.. Pergilah jelah , peluang datang sekali je dalam hidup ni.. Cekalkan hati dan belajar sungguh2 untuk bahagiakan Mak dan Abah.. Banggakan jugak Arwah Opah dan Arwah Nenek yang dah besarkan aku dari kecik..

Tapi aku bukan macam adik aku yang perempuan ni.. Dia jenis yang cekal hati , masa masuk asrama time form1 tak pernah tepon mak nangis2 ke apa ke.. Tapi aku , pergi kem seminggu pun , memalam tepon mak nangis2.. Apa kes ? Ha Ha , tu lah hakikatnya.. Dah lah cepat nangis , cepat tersentuh pulak tu.. Walau apa pun aku kena pandai kawal perasaan , time macam nilah aku boleh kurangkan sifat mudah nangis dalam diri aku ni.. Jangan asyik nak manja dengan mak je.. Kan kan.. Ha , yang lain pun setuju jugak.. Buat masa ni sepupu sepapat yang dah sedia maklum tahu aku ni jenis penangis , dah bagi macam2 nasihat dan tips2 kat aku.. He He.. Lagi lah buat aku rasa terharu dan nak nangis.. uarrghhh.. :(

Apapun aku tekad , masuk je sana aku nak fokus study , dapat jadi pelajar cemerlang dan genggam segulung ijazah serta bahagiakan family aku.. InsyaAllah.. Amin2 Ya Rabbal Alamin..