Sabtu, 31 Mac 2012

Diari 1 ~~ Alhamdulillah~~ Cik Arra dapat Anugerah Pencapaian Terbaik Keseluruhan STPM 2011

Assalamulaikum semua . .

Cik Arra nak kongsi perasaan gembira Cik Arra kpd korang semua . . Alhamdulillah ,  Cik Arra dapat ANUGERAH PENCAPAIAN TERBAIK KESELURUHAN STPM 2011 pada 31/03/2012 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Teja . . Tapi terkilan sikit , sebab Cik Arra tak dapat pergi  . . Cik Arra keje hari ni . . Cik Arra wakilkan adik Cik Arra je . . Apapun Cik Arra happy sgt2 . . Impian Cik Arra masa mula2 masuk Ting. 6 , Cik Arra nak study betul2 dan boleh naik pentas tuk terima anugerah pencapaian terbaik STPM . .  Alhamdulillah , impian Cik Arra tercapai jugak akhirnya . . Walaupun banyak dugaan dan cabaran yang Cik Arra kena hadapi masa tu . . 

Cik Arra dah buktikan sekarang nie . . Pelajar STPM macam Cik Arra pun boleh berjaya dan buat mak Cik Arra happy . . Kalau dulu , orang selalu rendah2 kan Cik Arra depan mak Cik Arra , sebab Cik Arra masuk Ting. 6 . . Anak dorang semua masuk U n Politeknik . . Tapi Cik Arra tak kesah pun , belajar kat mana2 pun sama . . Janganlah kita selalu melihat kelemahan dan kekurangan orang lain . . Kita sendiri pun ada kelemahan dan kekurangan . .

So , sekarang Cik Arra harap dan berdoa supaya Cik Arra dapat masuk U dan sambung belajar . . Sebab tu yang Cik Arra nak sgt2 . . Amin , doakan kejayaan Cik Arra dan kawan2 Cik Arra . .  


Nie ad pic sijil yang Cik Arra dapat . . Bukan niat Cik Arra nak menunjuk , tapi utk jadikan semangat kat sapa2 yang bercita2 nak masuk Ting. 6 . . :)


Ahad, 25 Mac 2012

Diari 1 ~~ Cik Arra Dapat Semula Kekuatan itu

Assalamulaikum . .

Cik Arra rasa down sangat2 hari nie . . rasa dah fed up n give up . . masalahnya hampa semua tak yah tau la . . Cik Arra tak nak tambah dosa y sedia ada nie . . Cik Arra ni banyak emosi . . Nakkan perhatian lebih especially dr family terdekat n kawan2 . . Skrg ni , Cik Arra tgh ada masalah . . N 4 not making it worse , Cik Arra pun share masalah nie kat kakak saudara Cik Arra . . Alhamdulillah ,  angah (panggilan kakak saudara Cik Arra) faham perasaan Cik Arra . . sebabnya dia pun penah lalui hal y sama . . Pesanan dan nasihat angah mmg berguna . . Arra salute kat Angah . . Emosi ni mmg susah kita nak jangka . . Ada pasang surutnya . . Eh , macam laut plak ye . . Yang tu ayat Cik Arra ye . . Hmm , kadang2 Cik Arra konpius dgn perasaan Cik Arra sendiri . . kadang2 nak jugak bercinta macam orang lain ~~ tapi kadang2 tak nak . . Arggghhh !!! Cik Arra tension tau pk benda remeh temeh nie . . tapi Cik Arra nak pk jugak . . Tak ke pelik tu ??? Ya Allah , hilangkan la kebuntuan hambaMu ini . . 

Tapi Cik Arra happy , sebab dapat luahkan ap y terpendam dlm hati Cik Arra nie . . Puas dapat kongsi masalah  .  . So , emosi mmg tak dapat dijangka . . tengok !! tadi Cik Arra sedih , sekarang dah happy . . :):):):) . . tengs angah . . Love u . .

Sabtu, 24 Mac 2012

Diari 1 ~~ Lagi 1 soalan drp junior Cik Arra nie . .

 Soalan adik junior nie mmg bagus . . Hah ? nak tahu soalan apa ? Ok , ni ha soalannya . .

Si dia tak penah nak tunjuk rasa sayang , cinta dan rindu pada kita . . Apa y patut kita buat ?

Jawapan Cik Arra : Setiap orang ada cara dia tersendiri untuk tunjukkan sayang , rindu dan cinta kan seseorg . . tak semua orang ada cara yang sama to show their love to others . .  n tak semua orang suka tunjuk yang dia tu tgh in love dgn someone atau sayang seseorg . . sebab bagi dia , cinta tu tak perlu lahir dari kata2 atau ungkapan manis dan berbunga-bunga . . cukup dia mencintai dalam diam atau melalui perbuatan yang kadang2 kita tak perasan . . ya , kadang2 mmg kita tak perasan y seseorg tu tgh tunjukkan bahawa dia sayang kita, tapi kita tak penah tahu dan hanya akan tahu bila dia dah tiada dalam hidup kita . . macam tu la manusia kan . . kehilangan seseorg hanya akan dirasai apabila kita kehilangannya  . . 

dan apa yang harus kita lakukan ? ?

bagi Cik Arra , kalau rasa penantian tu berbaloi , u can go on with that feelings . . but , if u can't , u can move on dear !! jangan biarkan hati kita disakiti lagi . . Cik Arra tak suka org y main2kan perasaan nie . . n kalau kita nak jugak luahkan perasaan y terbuku kat hati ni , face to face dgn dia . . luahkan perasaan sebenar kita kat dia . . but kalau di tolak , jgn tunjukkan y kita ni lemah . . Yeaahhh !! jangan sesekali lemah especially depan kaum Adam . . 

take note ok gurls . . :)

pandangan drp Cik Arra y kuat merapu . . :)

Diari 1~~ Cik Arra rindu sama ' Kek Coklat Cik Arra '

 Uwaaa . . Cik Arra rindu la kat ' kek coklat Cik Arra ' . . ' Kek Coklat ' ? Mesti korang pelik kan . . Sebenarnya ' kek coklat ' Cik Arra tu , someone y Cik Arra sayang . . tapi sayangnya , dia dah tak pedulikan Cik Arra . . Apa ?? Nak tahu kenapa ' Kek Coklat ' ? Nama ' Kek Coklat ' tu besties Cik Arra y berikan . . He He He . . Hah ? Nak tahu sebeb apa ? Hish , korang nie , tu pun nak tahu ke . . Malulah Cik Arra . . * kan dah blushing2 nie . . Ho Ho Ho . .


* Kembali kpd mood rindu tadi . .

Cik Arra rindu dia , tapi tah la  . . dia dah tak pedulikan Cik Arra , msj tanya khabar pun tak . . yang paling Cik Arra sedih , masa Cik Arra dapat result  STPM , dia tak msj pun Cik Arra . . Tapi , org y Cik Arra dah lukakan hati dan perasaannya , msj dan tanya result Cik Arra . . Cik Arra sedih sangat2 . . Rindu nie datang pun sbb dgr lagu D'Massive _ Rindu setengah mati ~~ sbb tu emo mlm nie . . Haishh , sampai bila la Cik Arra nak tanggung semua nie . . Ya Allah , tabahkanlah hati saya  . . Amin . .


Cik Arra doakan ' Kek Coklat ' Cik Arra sihat dan gembira selalu  . .

Diari 1~~ Cik Arra tertarik dgn soalan junior Cik Arra . . nak tahu ? kena baca la . .

 Assalamualaikum . . 
 Cik Arra terbaca 1 post junior Cik Arra kt fesbuk . . Soalan junior Cik Arra tu berbunyi macam nie . 

 " KENAPA , kita perlu ada rasa RINDU ? 
 " KENAPA , kita perlu ada rasa SAYANG ?
 " KENAPA , kita perlu ada rasa CINTA ?

   dan KENAPA perlu rasa semua ni kalau akhirnya , semua perasaan ni boleh buat kita sakit ?
   
  Hah ? acano tu . . boleh korang pk kan jawapannya sambil baca post saya nie . . 

 Bismillahhirrahmannirrahim . . pandangan Cik Arra la . .  semua tu lumrah kehidupan . . Cik Arra pun penah rasa semua perasaan tu . . Bila kita rindu , tak siapa rindu kita . . Bila kita sayang , tak siapa pun pedulikan kita . . dan Bila kita cinta , tak siapa pun membalasnya . . kecuali SAYANG , RINDU , dan CINTA kita pada Allah S.W.T . . InsyaAllah pasti akan terbalas . . so , jangan takut untuk mendekati Allah , tapi takutlah apabila kita menjauhi Allah . . Cik Arra pun bukan baik , masing2 ada kelemahan dan kekhilafan diri . . tapi jangan jadkan itu satu penghalang untuk kita menjadi lebih baik  . . 

dan soalan y ke2 tadi , KENAPA perlu semua ni , kalau akhirnya kita akan rasa sakit dengan semua PERASAAN tu ? kalau semuanya indah , manis dan senang dalam setiap perkara yang ada dalam dunia ni termasuklah PERASAAN kita sekali , mmg kita akan jd manusia y rugi . . kalau lah kita tak da perasaan tu semua ? kita takkan tahu apa itu erti CINTA , SAYANG , dan RINDU . . dan manusia akan semakin takda perasaan sesama manusia . . sekarang pun ramai manusia y takda perasaan sampai sanggup bunuh kanak2 , bunuh ibu bapa , dan warga emas . . apatah lagi kalau kita takda perasaan tu semua . . mesti makin teruk dan nilai kemanusiaan akan menjadi kosong . . sebab perasaan CINTA  , RINDU , dan SAYANG bukan hanya pada seorg insan y bernama kekasih , tapi kepada semua . . especially pada family . .

so , Cik Arra akhiri ucapan Cik Arra y merepek2 nie dgn , CINTALAH pd Yang Esa dulu , InsyaAllah , semua rasa SAYANG , RINDU , dan CINTA tu akan indah . . AMIN . . :)

Diari 1~~ Ya Allah ! Cik Arra jatuh CINTA !!

 Hah ? Suspen tak diari petang nie ?  Ho Ho Ho ~~ Yup . . Memang Cik Arra tgh ' In Love ' . . Hati berbunga jer nie . . Cik Arra tak tahu nak buat apa sekarang nie , rasa lain jer , senyum sorang2 , gelak ketawa tiba2 je . . hah ? PERASAAN apakah ini ? 

Cik Arra tak tahu nak buat ap ? agaknya ini y dinamakan CINTA kot . . setiap masa Cik Arra akn teringat2 , dan rasa nak sangat2 memilikinya . . ouh ! Cik Arra tak suka perasaan ni . . sebab akan mempengaruhi minda dan hati Cik Arra ~ ~ Ya Allah, permudahkanlah urusan hamba-Mu ini . .


 Ya , Ya Allah ! permudahkanlah urusan Ck Arra tuk membeli Samsung Galaxy Y . . Cik Arra dah jatuh cinta dgn fon terssebut . . tak minat y lain dah . . biarlah org lain guna fon y lbh advance , tapi Cik Arra nak jugak fon tu . . :)  Amin Ya Rabbal Alamin . . Permudahkanlah Ya Allah . . Cik Arra pun tgh usaha cari duit nak beli fon tu . . :)

Cik Arra minta maaf kalau korg ingat Cik Arra dah JATUH CINTA dgn someone . . tapi sebenarnya tak pun . . Cik Arra jatuh cinta dgn fon Samsung Galaxy Y tu . .  He He He . . jangan marah ye . . peace . .

MENANTI CINTA




Rahsia hati itu , hanya Allah S.W.T y tahu . .

Diari 1~~ Bila Cik Arra mula merapu

 Assalamulaikum semua . . 

Nama saya Farah Syazwani Binti Sabri . . Berumur 20 tahun dan masih muda lagi . . :D  Boleh panggil saya Arra, sbb family terdekat n kezen2 y panggil macam tu . . Cik Arra nie lepasan STPM tahun 2011 dan untuk mengisi ruang yang ada nie, Cik Arra kerja la sementara kat MID Jelintuh sbg pembantu . . Cik Arra tak kesah sebenarnya kerja apa pun , janji kerja tu berfaedah dan halal . . Keputusan STPM ??  Nak tahu jugak ke ? Ok lah, Cik Arra bg tahu ye, Cik Arra dpt 2 B+ dan 2 B je . . Tapi Cik Arra syukur Alhamdulillah, akhirnya Cik Arra dapat keputusan y bagus drp exam2 y lain . . Dah dapat result , so Cik Arra pun bercita-cita la nak sambung belajar kat UKM / UM dalam bidang Pengajan Bahasa Melayu . . Tapi, bidang apa pun Cik Arra tak kesah . . Cik Arra harap sangat lah, Cik Arra dapat sambung degree kat mana Universiti pun , asalkan saya dapat pegang segulung izajah n make my parents happy with me . . Cik Arra ni nak jadi GURU . . Sebab tu la Cik Arra nie suka membebel dan merapu . . he he he . . Nak tahu sebab ap Cik Arra minat sgt jadi GURU ? ?


  • Pekerjaan GURU tu adalah mulia ~ ~ sebabnya GURU2 nie ibarat ibu dan bapa di sekolah . . bukan setakat ajar teori dan praktikal , tapi nilai2 kehidupan dan insaniah . .
  • Tanggungjawab guru adalah besar terutamanya dalam melahirkan modal insan y cemerlang sbg aset negara pd masa hadapan . .
  • Tugas sebagai seorang guru amat mencabar fizikal , emosi , dan juga mental . .
  • Cik Arra nak rasa dan lalui penat lelah cikgu2 Cik Arra dulu masa nak didik murid2 dan pelajar2 y nakal macam Cik Arra nie . . he he he
  • Cik Arra mmg minat nak jadi GURU ~ ~ cita2 dari darjah 1 , tak penah tukar sampai sekarang . . :P

  * harap maaf, tulisan Cik Arra mmg cantik masa ni . . :D

  Kan Cik Arra dah cakap, saya mmg kuat merapu ~ ~ Tapi , bab kehidupan n pelajaran mmg tak merapu la . . 


 Cik Arra harap, semua boleh doakan kejayaan Cik Arra dan kawan2 Cik Arra sekali . . Semoga kami semua dapat masuk Universiti dan berjaya dikemudian hari . . INSYAALLAH . .