Khamis, 26 Januari 2012

hambaMU yang lemah

~Allah sentiasa menyayangi umatNya~

  Ya Allah, aku tahu banyak khilaf yang telah aku lakukan..
  Ya Allah, aku mengaku banyak dosa yang telah aku lakukan..
  Ya Allah, aku tahu aku lalai dalam mengikuti perintahMu..
  Ya Allah, aku jahil dalam agamaku sendiri..
  Ya Allah, aku selalu mengabaikanMu..

  tetapi, Kau tetap menyayangi hambaMu ini.. hambuMu yang lalai, hambaMu yang alpa, dan hambaMu yang terus hanyut dalam kenikmatan dunia..

  Betapa kasih dan sayangnya Kau kpd umatMu yang sering melakukan kesilapan dan kekhilafan ini..
  walaupun umatMu alpa, lalai, lupa dan hanyut...
  Kau tetap melindungi hambaMu, Kau tetap mengurniakan rezeki, kesihatan tubuh badan dan kesejahteraan hidup yang tiada tolok bandingnya.,.

Ya Allah, aku mohon kepadaMu, Kau jadikanlah aku hambaMu seorang wanita yang solehah, taat kpd ibu bapa, taat kpd bakal suamiku, sentiasa menjaga perbatasanku, dan jauhilah aku dr segala keburukan dan azab dunia akhirat.. AMIN..

Sesungguhnya Allah S.W.T sgt menyayangi dan mengasihi hambaNya..

  

Selasa, 24 Januari 2012

saya doakan awak bahagia

awk online smlm.. sy nak tegur tp tak mungkin.. sbbny, msj sy y sblm nie pun awk x bls.. tp xpe la.. sy tak kesah pun.. tp sy nak minx maaf sbb terbaca wall post awk.. apa pun, sy doakan impian awk tercapai.. syukur Alhamdulillah, nampaknya awk dah jumpa some1 y terbaek utk awk.. mungkin sy bukan perempuan yang awk inginkan.. sy doakan supaya awk diberi kekuatan utk meluahkan perasaan awk kt dia.. sy doakan jugak, kalau awk berjaya dptkan ap y awk hajatkan, Allah akn terus memberkati hidup awk.. sy doakan Allah berikan limpahan rezeki dan kurniaNya kpd awk.. kesihatan yang baek dan kehidupan yang bahagia dunia akhirat.. AMIN..


kalau awk bukan jodoh sy, sy akn berdoa supaya Allah hilangkan perasaan syg saya pd awk.. mungkin ad hikmah disebaliknya.. saya redha dgn ketentuan Ilahi..

Rabu, 11 Januari 2012

Resume 6 AK 1 / Batch 2011

      Assalamualaikum pembuka kata,
      Graduan 6 AK 1 empunya cerita,
      Andai seloka ada tercela,
      Salam dihulur maaf dipinta.


      3 Putera 15 Puteri,
      Cik Nor Faridah guru kelas kami,
      Orangnya kecil, cute sekali,
      Kalau berjalan macam kereta api.


      'Datin' gelaran diberi,
      Itulah Hafizzah monitor kami,
      Orangnya kecil sekali,
      Penolong kami Nantha Kumari.


     Tidak pendek , tidak tinggi,
     Dalam kelas sederhana sekali,
     Itulah Farah Setiausaha kami,
     Angkat bakul masuk sendiri.


    'M' gelaran diberi,
    Nurul Fatihah bendahari kami,
    Kutip apa? Money ! Money ! Money !,
    Buat kami asyik nak lari.


    Orangnya rendah tak tinggi-tinggi,
    Suka senyum setiap hari,
    Mendapat gelaran Honey's Smiley,
    Nur Hanis Abas empunya diri.


    Jiha dan Eiqa kembar kami,
    Kalau bersama riuh sekali,
    Bila time study ?
    Mana ? Hilang lagi hehehe.



    Ada pasangan dua sejoli,
    Hidayah dan Atiqah empunya diri,
    Ada kucing Atiqah lari,
    Hidayah pula suka menyendiri.


   Badan kecil macam lidi,
   Itulah Ieda empunya diri,
   Syafatika diam sekali,
   Diam2 ubi berisi.


   Atie pendiam seribu bahasa,
   Dalam mulut ada permata agaknya,
   Myza pula manis orangnya,
   Tapi AWAS sudah berpunya.


   Sorna Latha itulah orangnya,
   Kalau bercerita tak ingat dunia,
   Fatimah Hanim lain pula ceritanya,
   Kejap ada , kejap tak ada.


   Pengawas pendiam di kelas kami,
   Itulah Fadhli suka senyum sendiri,
   Ikhmal dan Adham riuh sekali,
   Mengacau orang itulah hobi.


   Kepada semua yang kami kasihi,
   Tahun ini tahun akhir kami,
   Harap ampun dapat diberi,
   Supaya hidup kami diberkati.




                               SUUUWWEEt MEMORIES IN 6 AK 1 / 2011....




Ahad, 8 Januari 2012

saya nak awak tahu....

     saya nak awak tahu, 

   CINTA itu ibarat kupu - kupu, makin dikejar makin dihindar..
   tapi kalau awak biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu disaat awak tak terduga..
    
  CINTA juga mampu membahagiakan, tetapi sering juga ia menyakiti..
  
  CINTA juga akan menjadi istimewa apabila CINTA diberikan kpd seseorang yang
  layak menerimanya..

 CINTA juga menyakitkan apabila hubungan yang terjalin terputus, 
 tetapi lebih menyakitkan apabila seseorang yang kita sayangi memutuskan hubungan tersebut..

 CINTA yang paling menyakitkan apabila orang yang kamu cintai tidak mengetahui perasaanmu terhadapnya..                                                               

Ahad, 1 Januari 2012

kemaafan itu suatu perkara yang indah..

  mmg betul kata orang, kita akan menyedari kehadiran seseorang apabila kita kehilangannya.. perasaan yang senantiasa wujud dlm setiap manusia.. x salah menyesali kerana tanpa kekhilafan, kita tidak akan menyedari kesilapan yang kita telah lakukan.. tak sepatutnya menuding jari kpd orang lain, walhal diri kita juga serba kekurangan dan banyak melakukan kesilapan.. walau sebesar mana pun kesalahan yang telah dilakukan , bukankah kemaafan dpt meleraikan segalanya?

besar sgtkah kekhilafan yang telah aku lakukan hinggakan kau tdk lagi ingin memaafkanku?

kejamkah aku hinggakan kau tdk bisa memaafkanku?

hinakah apabila aku meminta2 untuk dimaafkan?

ataupun aku sememangnya tidak layak untuk meminta kemaafan drpmu?

padahal kita hanya manusia biasa yang diberi pinjaman kehidupan buat sementara di dunia ini.. bukankah kemaafan itu suatu perkara yang indah?
 ya, amat indah!

melalui kemaafan, sebuah keluarga akn hidup dlm suasana yang bahagia krn tiada rasa dendam antara 1 sama lain..

melalui kemaafan, sebuah persahabatan dpt dieratkan krn tiada rasa iri hati atau hasad dengki yang bertakhta di hati..

melalui kemaafan juga, seorang insan yang menagih sebuah kemaafan dpt tersenyum kerana dia mengetahui bahawa insan tersebut  tidak lagi membencinya..

melalui kemaafan juga, setiap insan yang bernafas di muka bumi ini dpt menghadap Ilahi dengan perasaan yang damai apabila kemaafan dipinta kpd-Mu YA ALLAH...

aku harap kau sudi memaafkanku..