Ahad, 1 Januari 2012

kemaafan itu suatu perkara yang indah..

  mmg betul kata orang, kita akan menyedari kehadiran seseorang apabila kita kehilangannya.. perasaan yang senantiasa wujud dlm setiap manusia.. x salah menyesali kerana tanpa kekhilafan, kita tidak akan menyedari kesilapan yang kita telah lakukan.. tak sepatutnya menuding jari kpd orang lain, walhal diri kita juga serba kekurangan dan banyak melakukan kesilapan.. walau sebesar mana pun kesalahan yang telah dilakukan , bukankah kemaafan dpt meleraikan segalanya?

besar sgtkah kekhilafan yang telah aku lakukan hinggakan kau tdk lagi ingin memaafkanku?

kejamkah aku hinggakan kau tdk bisa memaafkanku?

hinakah apabila aku meminta2 untuk dimaafkan?

ataupun aku sememangnya tidak layak untuk meminta kemaafan drpmu?

padahal kita hanya manusia biasa yang diberi pinjaman kehidupan buat sementara di dunia ini.. bukankah kemaafan itu suatu perkara yang indah?
 ya, amat indah!

melalui kemaafan, sebuah keluarga akn hidup dlm suasana yang bahagia krn tiada rasa dendam antara 1 sama lain..

melalui kemaafan, sebuah persahabatan dpt dieratkan krn tiada rasa iri hati atau hasad dengki yang bertakhta di hati..

melalui kemaafan juga, seorang insan yang menagih sebuah kemaafan dpt tersenyum kerana dia mengetahui bahawa insan tersebut  tidak lagi membencinya..

melalui kemaafan juga, setiap insan yang bernafas di muka bumi ini dpt menghadap Ilahi dengan perasaan yang damai apabila kemaafan dipinta kpd-Mu YA ALLAH...

aku harap kau sudi memaafkanku..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan