Isnin, 28 Januari 2013

U-MAST GO ! Kami Satu Keluarga

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah. Hari kedua kat rumah setelah seminggu menuntut ilmu baru di UM dalam program U-MAST GO. Apa tu? Haa, inilah program soft skills anjuran SERU yang aku join tu. Banyak input-input yang berguna aku dapat daripada program ni. Program ni memang terbaik dan kumpulan 1 & 2 memang OHSEM !! :D One Big Family. Cerita banyak pun buat sakit jari je tulis. Lagipun nak siapkan cerita pendek a.k.a. Cerpen yang dah berminggu-minggu tertinggal. HeheNah, tengok gambar ni. ^_^



Gambar ni kat Templer Park, Rawang. Jom Perang !! :D


Selepas kelas Entrepeneur & Innovation. :)



4th Rangers Awesome :D


GROUP 1 AWESOME !!! 


Juara Sticker. HAHA


ONE BIG FAMILY. :)

Cukuplah ni je. Nantikan bahagian kedua, siap dengan detail pasal program ni. Sekarang ni agak sibuk buat hantaran. Gambar je sempat. :D

OK, jumpa lagi kawan-kawan. Semoga ilmu yang kita peroleh ni, dimanfaatkan sebaik-baiknya. Allahuma Yassir Wala Tuassir.. Inshaallah.. :)





Rabu, 9 Januari 2013

Wordless Wednesday

Paper PMBI ( Pengajian Melayu Bersumberkan Islam ) sangatlah susah. Harap dapat score A gemuk. :) InshaAllah.

Isnin, 7 Januari 2013

Tabiat Buruk

Assalamualaikum semua. Hari ni 7.1.2013 dan sehari je lagi nak start exam PMBI dan dua hari lagi nak start exam Tamadun Melayu dan tiga hari lagi nak balik rumah ! Yeay !! Tak sabar nak rumah, rindu kat semua especially kat Mak. Harap perjalanan balik nanti dilindungi Allah dan dipermudahkan sebabnya kena balik sendiri. InshaAllah, Farah boleh ! :D Sebenarnya, nak habaq sikit pasai tabiat buruk nih hah. Tabiat buruk siapa?? Siapa lagi kalau bukan akulah. Nak tahu mende tabiat buruk aku sejak minggu exam ni. Mai baca. :D

  1. Masa study week, aku balik rumah sebab ada cuti seminggu sebelum exam. Bukan cuti sebenarnya, tapi boleh dikira macam cuti jugaklah. Masa ni, memang tak pegang bukulah nampak gayanya. Mana taknya, aku dah macam anak manja kat rumah tu. Haha. Seminggu tu asyik keluar je. Siang keluar dengan Angah dan sepupu yang lain. Malam pulak Abah bawak keluar makan memanjang. Hehe. Lagipun, lepas ni semua dah nak sekolah balik. Nina nak balik asrama dia dah, Ami nak masuk sekolah dah. Aku nak balik UM dah. Lihat, macam mana Abah tak bawak jenjalan. :D Padahal kami yang cucuk Abah suruh bawak jalan-jalan. Hehe. Nakal kan anak-anak Mak dengan Abah ni. :)

     
  2.  Kembalinya aku ke UM, nilah tabiat buruk aku. Minggu pertama exam, aku habiskan masa dengan tidur, tidur dan tidur. Lihat lagi, betapa buruknya tabiat aku. Tak boleh tengok bantal Ben 10 aku tu, mesti memanggil-manggil suruh tidur. Tak cukup dengan tu, selimut yang dah lama tak basuh tu menyeru aku untuk terus diulit mimpi. Haih, memang tergodalah aku. Tengok, aku dah membuang masa dengan tidur sahaja. Amat buruklah tabiat aku ni.

  3. Dah puas tidur, ni ha tabiat butuk lagi satu. Jadi burung hantu sampai 2-3 pagi duk tengok tonton. Nilah, tabiat paling buruk aku rasa. Baik aku buat ulangkaji daripada tengok tonton tu. Tapi nafsu ni ha, haih. Geleng kepala aku dengan diri sendiri. Malas nak cakap !!

  4. Tak cukup dengan tu nah amik ni FARMVILLE. Aku dah gila berkebun pulak. Lagi malas nak cakap !!

  5. Yang last ni takdalah burukkan. Sebab menghudapte blog walaupun lusa ada exam PMBI yang memerlukan skrip jawapan yang berjela-jela untuk ditulis. Haaaaa.... Ok bai..
Ha, korang tengok. Burukkan tabiat aku. *kalau Mak tengok mesti dah membebel. Tapi aku memerlukan bebelan tu untuk jadikan sebagai motivasi untuk aku buat ulangkaji. Kat sini takdak sapa nak bebel kat aku. sob. sob. sob. Sat gi nak tepon Mak lah..
Korang-korang semua jangan tiru apa yang aku buat tau. Nanti buruk padahnya. :D
Jom study !!

Selamat Tinggal 2012 dan Selamat Datang 2013

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, kurang lebih beberapa jam lagi kita akan menyambut tahun baru iaitu 2013. Erm, penuh TL dengan FB pasal azam baru. Tu tak kisahlah, masing-masing ada hak nak tentukan azam sendiri dan bila mereka-mereka ni nak berazam. Tak gitu? Nak berazam tu boleh, berazamlah setinggi mana pun, seluas manapun dan sebesar manapun takda siapa nak halang. Tapi azam kita tu mestilah yang berfaedah dan mendatangkan manfaat kepada kita. Buat newbie-newbie, azam korang tu janganlah merepek-merepek. Fokus study dulu ye. Sekolah pun tak lepaih lagi, dah azam nak bercinta dengan tu, dengan ni, setia dengan tu, dengan ni. Aishh, korang ni tak fikir dulu ke nak berazam. Dah melalut dah aku. Bukan pasal ni yang aku nak bagi tahu. Aku nak bagi tahu azam aku pulak. Tapi azam ni dah buat masa 1 Muharam yang lepas. Nak tau mende azam aku. Meh sini. :D

Azam Tahun Baru ni iaitu pada 15.11.2012 / 1 Muharam 1434 Hijrah ialah :

  1. Untuk final exam yang akan mula pada 2.1.2013 dan habis 10.1.2013, aku akan buat sehabis baik yang mungkin. Sebab azam aku nak dapat dekan dan nak genbirakan hati Mak dan Abah. InsyaAllah, usaha, doa dan tawakal aku selama ni akan membuahkan hasil. Aku jugak harapkan kejayaan kawan-kawan aku yang lain. Especially for my bestfriend Nurul Fatihah. :)
  2. Untuk permulaan sem 2 nanti, aku nak fokus pada study dan bergiat lebih aktif lagi dengan aktiviti U, Fakulti dan Kolej. Kolej apa? Kolej Kinabalu tercinta lah. Aku nak jadi pelajar yang mampu membahagikan masa antara pelajaran dan hiburan. Sebab hiburan tu penting jugak untuk rehatkan minda. :D
  3. Untuk permulaan sem 2 jugak, aku akan belajar balik rumah sendiri. Tak nak tumpang Angah dah. Heee, nak belajar naik ETS ataupun bas. Tapi boleh ke?? Eh, mesti bolehlah. Farah boleh !!
  4. Tak nak fikir pasal benda-benda yang tak berfaedah, tak nak termenung dah, tak nak tangguh-tangguh kerja dah especially esaimen. Hee..
  5. Azam yang last ni bukan untuk tahun ni je, tapi untuk 2 tahun akan datang jugak iaitu nak jadi Pelajar Cemerlang tiap-tiap semester dan dapat Anugerah Pelajar Terbaik masa grad nanti. InsyaAllah. :)
 So, nilah azam aku. Tak lupa jugak, azam aku nak upgrade diri menjadi muslimah solehah yang berjasa kepada Mak Abah, bakal Zauj, keluarga, rakan-rakan, agama, bangsa, dan negara. Amin Ya Rabbal Alamin.

Maaf lambat post, sebab busy dengan esaimen dan macam-macam lagi. :D