Khamis, 31 Mei 2012

Diari 1 ~~ Arra TENSION !!!!!!

Assalammulaikum semua.

Arghh , aku tension sangat2 hari ni.. Tension dengan kerja aku , masalah kawan , masalah itu , masalah ini.. Hmm , jangan mengeluh Arra!! Mengeluh tu tak baik.. Tapi , aku memang tension hari ni.. PC ari ni pulak la nak HANG pun.. Kejap2 SYSTEM ALERT.. Bebudak ni pun 1 , dah tau tak leh bukak banyak2 , dorang bukak jugak.. Haishh , tapi nak buat macam mana , dah kerja kan.. Tak baik mengeluh tau.. He He He.. :) senyum jap.. Tarik nafas dulu . fuhhhh.. Yang lebih tensionnye ,  bila aku teringat kat ex lama dulu.. Bila la hati aku ni nak lupakan dan lepaskan dia.. Aku nak hidup aku yang normal dulu , nak senyum dan tak pikir apa pun masalah yang ada.. Mesti semua nak macam tu kan.. Tenang je hidup , tapi kalau takda masalah pulak , kita takkan tahu apa erti hidup yang sebenar.. Betul tak readers?? Hah, so terimalah apa adanya dan cuba baiki kelemahan kita sendiri.. Hidup dalam keadaan POSITIF , barulah hati tenang.. Lagi 1  , SOLAT tu penting dan boleh tenangkan hati dan jiwa aku.. Lepas ni bolehlah solat , dan tenangkan hati jap.. Lari daripada masalah yang sedia ada ni.. Lepas tenang , moh sambung kerja balik.. He He He.. :):):)






Aku dah mula merepek , akibat daripada makan kerepek banyak2 time raya.. ^_^

Diari 1 ~~ Apa Erti Sahabat dan Cara untuk Mengekalkan Persahabatan

Assalamulaikum semua..

Pagi ni Arra nak cerita pasal SAHABAT.. Semalam aku dah post pasal TERSUKA kat SAHABAT sendiri.. Hmm , mana boleh kan , walaupun aku dah tersuka dan dia pun sama dah luahkan perasaan kat aku tapi aku tetap tak boleh nak selfish tukarkan PERSAHABATAN kepada PERCINTAAN.. Hubungan ni akan renggang kalau masing2 selfish pasal perasaan sendiri.. Aku taknak hubungan selama 5 tahun ni putus gara-gara kami nak BERCINTA.. Macam nonesense je bagi aku , walaupun kami suka satu sama lain.. Lagipun kami dah janji tak nak ada apa2 hubungan selain daripada SAHABAT.. So, maksud SAHABAT bagi aku , seseorang yang hadir dalam hidup kita dikala kita kesusahan dan memerlukan sokongan disaat orang lain cuba menjatuhkan kita.. Persahabatan tidak akan terjalin dalam masa yang singkat tapi memerlukan proses yang pamjang.. Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman.. Suka dan duka , dihibur dan disakiti , digembirakan dan dikecewakan , didengar dan diabaikan ,namun semua ini terjadi bukan disebabkan kebencian oleh seorang sahabat tetapi inilah yang membuat PERSAHABATAN itu mempunyai nilai yang indah.. Persahabatan sering kali diduga dengan pelbagai cabaran , tetapi dengan persahabatan yang sejati , masalah dan cabaran tersebut dapat diatasi malah persahabatan tersebut akan bertambah erat..


Semua orang memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada yang putus dipertengahan akibat dikhianati sahabat sendiri.. Sebab tu , aku tak nak terima kau , aku tak nak hubungan persahabatan kita putus gara-gara satu perasaan lain yang hadir dalam diri kita.. Bagi aku ,mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.. Aku tak nak hilang sahabat macam kau.. Aku harap kau faham situasi kita.. Apapun kau tetap sahabat baik aku..



1 je tips aku:

 Ingatlah bila kali terakhir anda berada dalam  kesulitan.  Siapa 
yang berada di samping anda? Siapa yang mengasihi anda saat anda merasa tidak dicintai? Siapa yang ingin bersama anda pada saat tiada satu pun yang dapat anda berikan? Merekalah sahabat-sahabat anda. Hargai dan peliharalah selalu persahabatan anda dengan mereka..



"DALAM MASA KEJAYAAN, TEMAN-TEMAN MENGENAL KITA. DALAM KESENGSARAAN, KITA MENGENAL TEMAN-TEMAN KITA.."




Rabu, 30 Mei 2012

Diari 1 ~~ Dussshh !! Kenapa mesti ada rasa TERSUKA kat sahabat sendiri??

Assalammualaikum semua..

Minggu ni tak segembira macam minggu2 yang lain .. Sakit kepala memikirkan masalah yang satu ni .. Rasa nak meletup macam bom yang jatuh kat Hiroshima dan Nagasaki .. Arggghh.. Tension - tension .. Kenapa mesti ada rasa TERSUKA kat kawan baik aku sendiri ?? Mana boleh macam tu .. Kami kan kawan baik .. Ya , memang betul !! Kami KAWAN BAIK , mana boleh ada perasaan macam tu .. Disebabkan tak nak keruhkan lagi keadaan dan merenggangkan hubungan kami , aku nak hapuskan perasaan ni .. Biar cepat , asal aku tak terus TERSUKA kat dia .. Lagipun bukan susah , aku baru TERSUKA kat dia .. Yeahh !! Come on Arra !! U can do it !! Fighting !! TAPI , kenapa kau tetiba luahkan perasaan kat aku ?? Aku baru nak luputkan perasaan tu macam tarikh luput kat plastik roti .. Aduyai kawan !! Kenapa mesti jadi macam ni ?? Bukan kita dah janji ke tak nak JATUH CINTA antara satu sama lain .. 5 Tahun berlalu , kenapa mesti SEKARANG ?? Patutlah lately ni kau mesej aku pun lain macam je .. Tetiba jadi baik , selalunya kita asyik bertekak je bila mesej .. Semalam pun , kau macam tau2 je aku nak mesej kau , tapi kau dah mesej aku dulu .. Kau pun selalu cakap , yang kau takkan jatuh cinta kat aku , sbb kau anggap aku kawan dan tak lebih dari tu .. Aku pun sama , aku suka cakap kau perasan , sapa yang nak dekat kau !! HAHA ... Jahatkan aku .. 


Lepas kau luahkan perasaan tu , aku dah mula rasa hubungan persahabatan kita akan renggang dan tak macam dulu .. Ye , mmg aku happy sebab aku tak bertepuk sebelah tangan , tapi aku TETAP tak boleh nak terima sebab aku dalam proses nak LUPUTKAN perasaan tu .. Aku lebih selesa kita berkawan .. Aku bersyukur dapat kawan lelaki yang memahami diri aku macam kau ..Cara pemikiran kita sama , tapi kadang - kadang aku hangin jugak dengan kau .. Kau annoying , tapi baik .. HAHA .. Kau pandai baca emosi aku especially bila aku ada masalah ..Paling PENTING kau tahu batas2 persahabatn kita dan tak pernah sekalipun melebihi batas2 agama .. Sebab tu aku senang kawan dengan kau .. Aku harap hubungan persahabatan kita akan kekal sampai bila2 dan diredhai Allah S.W.T .. Amin .. So , kita dah slow talk kan semalam .. Aku harap kau faham aku dan aku faham kau .. Aku harap hubungan persahabatan yang almost 5 yrs ni takkan berakhir disebabkan salah seorang daripada kita selfish pasal perasaan masing2 .. Tapi kalau dah jodoh aku dengan kau , aku terima seadanya .. :) 


Kepada sapa yang selalu tanya , bolehkah lelaki dan perempuan jadi sahabat baik?? Bawah ni ada jawapan .. :)


   1.    Bolehkah lelaki dan perempuan jadi sahabat baik?
         
          Kenapa tidak? Boleh je asalkan kita tak melebihi batasan agama yang telah ditetapkan oleh islam..
          Kalau anda ada sahabat baik , tapi tak menjaga batas-batas pergaulan , masalah jugak tu ..
          Berkawan dengan siapa pun tidak mengapa , asalkan kita tahu apa itu erti PERSAHABATAN .. :)
          Selagi kita boleh berkawan , berkawanlah tak kira bangsa , jantina , umur dan agama.. Peace V !





"Seorang perempuan yang hatinya belum dimiliki sesiapa serta tidak mempunyai calon untuk diserahkan hatinya akan tersentuh andai ada seorang lelaki yang sudi menjadi teman baiknya kerana mungkin sebelum ini ada lelaki yang buat perempuan ini bersedih.Namun, ingatlah wahai hati perempuan yang belum dimiliki, jangan sekali kamu menaruh harapan untuk menjadi permaisuri sahabat baik lelakimu.Bersyukurlah kamu dikurniakan dia sebagai sahabat lelaki yang akrab denganmu.Persahabatan itu lebih utuh dan membahagiakan berbanding jika kamu mencintai dia.:




  

Rabu, 16 Mei 2012

Diari ! ~~ Hantaran dah hampir siap !! Yeah !!

Assalamualaikum semua .. 

Yeah ! Hantaran hampir siap , just nak tambah2 sikit je lagi .. Tema hantaran yang Arra tengah buat ni warna Merah + Putih .. He He He , putih jadi warna hitam .. Semuanya ada 11 dulang , dan 26 Mei 2012 ni tarikh kahwin abg jijan .. Tak sabar pulak nak jadi rombongan meminang ke Kedah .. Eh, macam Arra pulak yang nak kahwin kan? OK, sekarang ni tinggal nak beli coklat n sweet tuk hiasan dalam hantaran ni .. 


Ni gambar sebelum .. ^_^



Ni dalam proses .. ^_^



50 % hampir siap .. ^_^


Ni pun sama , 50 % lagi .. ^_^

So , inilah hasil kerja Arra , tak berapa nak comel sangat .. He He He .. Akan di touched up lagi untuk nampak lagi better n nice .. ^_^

Baibai semua .. Nak tidur dulu .. Mengantuk !! T_T
Assalamulaikum semua .. :)




Isnin, 14 Mei 2012

Diari 1 ~~ Alhamdulillah ! Arra dah lulus Test JPJ..

Assalamualaikum semua .. Alhamdulillah , Arra dah lulus test JPJ pagi tadi .. Semangat Arra nak nak amik test , pukul 7.15 Arra sampai sana .. Hah , cepatkan .. Dapat no giliran terus pergi buat test kat dalam litar .. Pegawai JPJ hari ni semua sporting2 dan happening .. Hilang sikit nebes Arra .. He He He .. Malas nak sembang banyak hari ni .. Mood tgh HAPPY .. Lepas ni boleh bawak Mak g jalan2 .. :) Ok, baibai semua .. 
Abaikan Kevin tu .. Janji ada pic kereta .. He He He

Ahad, 13 Mei 2012

Diari 1~~ NEBESS OH NEBESS !!

Assalamulaikum semua .. Erm, Arra tak tau nak post apa malam ni .. Sebelum Arra merepek2 , Arra nak ucapkan Selamat Hari Jadi buat MY LOVELY MAK !! Arra sayang Mak sangat2 .. He He He .. Ok, Arra ada test JPJ esok .. Nebes sangat2 malam ni .. Arra test dengan Bff Arra sekali ..Best sangat2 dapat buat je sama2 dengan dia .. Start dari amik Lesen Motor sampailah Lesen Kereta , kami amik sama2 .. Harap2 kami berdua lulus ujian esok dan dapat Lesen Memandu dgn jayanya .. Amin .. Korang semua dah ada Lesen Kereta?? Mesti nebes kan masa nak amik test nanti .. Ei, takut plak bila pikir pasal tu .. Harap2 semua OK .. 

Minggu ni banyak debaran dan kegelisahan yang melanda Arra .. Esok test JPJ , sabtu plak nak tahu keputusan ujian Medsi , sama ada layak pergi temuduga atau tak .. Harap2 Arra dgn Bff Arra dapatlah pergi temuduga tu .. Kami nak kejar cita2 untuk jadi GURU sama2 .. See?? Sehati Sejiwa kan kami ni .. Totally , semua sama .. Banyak yang cakap kami ni kembar .. Walaupun tak sama .. Maybe , sbb kami dah lama berkawan dan keserasian dan kekembaran tu ada yang membuatkan orang nampak kami ni macam kembar .. Tapi yang pasti , orang akan cakap yang Bff Arra ni kakak dan Arra adik .. He He He .. Kelakar , kadang2 tu kami ye2 kan je .. Bulan lahir pun tak jauh beza .. Bff Arra bulan 7 dan Arra plak bulan 8 .. Memang betullah apa yang orang teka tu .. Arra adik dan dia kakak .. ^_^

Arra dah merepek panjang ni .. He He He .. Biasalah dah lama tak update blog .. Ok, apa2 pun doakan Arra dan Bff Arra lulus test JPJ esok dan diterima untuk temuduga UPSI nnt .. Amin ..