Rabu, 26 Jun 2013

Alhamdulillah. Selamat Tinggal Sem 2. :)

Assalamualaikum.

Phewww~~ Alhamdulillah. 26.06.2013, tamatlah sudah sesi 2012/2013 aku kat UM ni. Nak sampai ke tarikh ni, macam-macam pahit manis dah dilalui. Lega pabila exam dah habis. Pagi tadi lasttttt payyyyperrr. Hewhew. Sekarang buat apa?

Heh heh heh. Balik exam teruih tidoq. Macam orang tak tidoq sebulan. -__- Malam ni start packing semua barang-barang. Jumaat ni nak check out kolej. Horeeeyyy, boleh balik rumah. Rindu sangat-sangat dah kat family, kezen-kezen, my bestie dan kucing-kucing kat rumah.

Esok nak buat apa? Esok pagi, pergi APM dulu sebab nak setelkan hal pergi Yunnan 17 Julai ni. Yunnan? Haah, pertukaran pelajar kat sana. Besttt! Memanglah tapi kena raya sana. Gheyauuu lah aku kat sana. Huhuhu. Sedih pun ada. K. Dah dah. Lepas pergi APM makan dengan Hasmah, Shai dan Dila. Dorang ada exam lagi esok. So, lepas dorang habis exam, makan sama-sama dulu. Al maklumlah, jumaat ni masing-masing nak balik dah. Lepas makan, maybe pergi keluar kot. Dalam perancangan lagi. Hehe.

Jumaat pulak?
Yeayyyy !! Balik rumah. Angah ambil kat sini malam. So, maybe lepas Isyak bertolak dari UM ke Perak tercinta. Home sweet home jumaat nanti. :)

Malas nak cerita panjang. Exam dah habis. Nak marathon drama korea malam ni. Hewhewhew. Baibai. ^_^

 Layan gambar.

 *Exam exam exam


Paling susah Socio-Cultural Research Methods. Aigooo

Yeayyy !! Dah packing separuh. Tolong kemaskan, boleh? wink wink

Ni tak siap packing lagi. Malas. Muahahahaha

Sabtu, 11 Mei 2013

Boboy. :(

Assalamulaikum.

Sedih. Ye, itulah perasaan aku sekarang. Kehilangan kucing yang paling aku sayang. :'( Susah nak gambarkan perasaan aku masa Mak call, bagi tahu Boboy dah takda. Berlinang air mata. Minggu lepas aku balik rumah, Si Boboy memang dah tak berapa sihat. Nak makan pun tak larat. Tapi mengiau jugak nak makan. Kesian aku tengok Boboy masa tu. Sampaikan aku terpaksa suap isi ikan ke mulut Boboy. nasib Boboy nak makan walaupun susah nak kunyah. Erm, sedihnya bila ingat balik. Boboylah yang paling nakal sekali dalam banyak2 kucing yang ada kat rumah tu.

Selalu call Mak tanya Boboy buat apa. Hehe. Kelakarkan. Memang wajib bila otp dengan Mak, tanya pasal kucing2 semua buat apa. Tapi lepas ni jangan aku tersasul tanya pasal Boboy dahlah. T_T

Sedihnya bila ingat balik. Boboy ni, aku sediri p ambil kat pasar. Aku jumpa dia, dan jatuh hati terus. Boboy comell masa kecik, dah besar hensem. :) Telatah dia buat aku hilang semua penat dan stresss. Nama Boboy je dah banyak. Mak panggil Kapten Boboy / Boboiboy, aku Ah Boy, Adik aku panggil Ciboy. Banyaklah nama Si Boboy ni. Wuarggghhh, kenapa Boboy pergi cepat sangat.?

Aku akan rindukan Boboy aku yang paling nakal. We will miss youuu Boboy. R.I.P Boboy. :'(


Ni masa mula2 aku ambil Boboy kat pasar. Comel kan? ^_^



Ni masa dah bertambah comel. Dah wangi, hensem.

Comell kan masa Boboy tidur?

Ni masa Boboy dah besar. Umur dia masa ni 2 tahun.

Boboy dengan adik angkat dia.

Nakal ! Sampai duk dalam almari buku. Hehe

Rindu Ah Boy !!! :'(

Jumaat, 12 April 2013

Symbio 2013. Apa tu?

Assalamualaikum semua. Huarghhhh. Hoi, menguap tu sopan sikit ye. * Hikhik, Faghah minta soghii sebab kurang sopan.

Ok, Symbio 2013? Apa tu? Dah macam bunyi ke arah sains je. Tapi aku ni budak Pengajian Melayu, apa kaitan dengan Symbio? Meh sini aku nak habaq. Symbio 2013 tu projek kolej aku dibawah kelolaan JKP Kerohanian dan Kemasyarakatan Kolej Kediaman Kinabalu, UM. Meh aku briefing pasal projek ni. Eh, sebelum tu aku perkenalkan Aku, sebagai Ajk Biro Dana dan Tajaan. Tugas aku adalah menggoda setiap eksekutif tajaan untuk mendapatkan tajaan dan dana bagi projek kami. Selain itu, kami ajk tajaan dan dana membuat aiskrim malaysia dan menjualnya semasa KSK iaitu Sukan Kinabalu. Tak cukup aiskrim? Meh kami jual kerepek, bermacam-macam kerepek. Tak cukup kerepek, kami jual pin tudung yang comel-comel macam saya. Eh? * Abaikan yang last tu. Tak cukup tu, kami jual pizza dari Domino's pizza, macam tu ke ejaannya. * Tolong promote. :D Itulah serba sedikit tentang tugas kami dan kami jugak bantu-membantu ajk yang lain.

So, pasal Symbio aku tak cerita lagi. Suka merepek tah apa-apa aku ni kan. Symbio 2013.

  1. Objektif projek ni adalah untuk pertukaran budaya antara kami mahasiswa/i UM khususnya pelajar Kolej 8 dengan Orang Asli di Kg Rok, Bera Pahang.
  2. Sasaran adalah pelajar Kolej 8 dan orang-orang Asli di sana.
  3. Tujuan projek ni adalah belajar cara hidup atau budaya mereka dari segi aktiviti harian mereka, makanan dan aktiviti senggang mereka.
  4. Aktiviti kat sana awesome weh. Menyumpit, memancing, belajar tarian dan bahasa semelai, bergotong-royong masak, jungle trekking, nightwalk sekitar Tasik Bera dan apa entah lagi. Aku lupa. Hehe. Kalau nak tahu, lepas 2 hari 3 malam kat sana aku akan hupdate pasal perjalanan program kat sana. Tunggu k. :P
  5. Kalau korang nak tahu Symbio 2013 ni ada 2 fasa. Hari ni bermula Fasa 1. Dan 28-29 April Fasa 2. So, tunggu k. ^_^
Ok, sampai sini je. Gua nak mandi, nak siap-siap. Hikhik. Doakan program kami berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Aminnnn. InshaAllah. :)



Ahad, 31 Mac 2013

Keliru?

Assalamualaikum semua.

Kelitu? Eh, kelirulah. Kelitu pun boleh. Hurm, minggu2 nak midsem ni semakin banyak cabaran dan halangan. Yeah, halangan untuk menyiapkan esaimen, projek tu, projek ni. Wahh, sibuk sangat ke aku ni pun? Tu yang aku keliru tuhh. Sibuk sangat ke aku ni? Ye kot, sibuk sangat pikir hal-hal lain yang tak berkaitan. Sebab tu sibuk manjang. Kan???

Naik sem 2 ni, aku rasa malas sangat-sangat. Mungkin sebab dah handal sangat kot. Handal pulak dah? Sah, aku memang tengah keliru ni. Apapun, gua nak semangat sem 1 gua balik. Walaupun tak berapa nak semangat pun sem 1 dulu. HAHA. Lagipun minggu ni gua BZ menjual tau. Habis semua blok dan aras gua pergi. :P Sampai sakitlah tangan gua ketuk tiap-tiap pintu. Hohoho. Sweet memory baq hanggg.. Haha.

In Sha Allah, aku boleh. ^_^

* Minggu depan midsem, so boleh balik. Yeay !!. Rindu Mak n semua. <3

Yeah !!! Ganbate Farah. Good Luck dengan Projek2 akan datang. :)

Selasa, 19 Mac 2013

Minggu Ke-5 Kuliah

Assalamualaikum semua.

Dah hampir minggu ke-5 kuliah. Sekarang makin bertambah sibuk dengan meeting projek dan esaimen. Semakin betambah minggu, semakin bertambah homesick aku. Ya Allah, kenapalah rasa rindu sangat kat family. Rasa nak balik tiap-tiap minggu, tapi disebabkan kekangan masa dan faktor wang, aku terpaksa tahan perasaan ni. Aku kuatkan hati. Ya, aku kena kuat. Banyak lagi perkara yang aku perlu selesaikan. Aku perlu usaha lebih kuat untuk sem ni.

Bermacam dugaan yang datang sepanjang 5 minggu bermulanya sem 2 ini. Air mata pun dah puas aku keluarkan hingga tiada lagi air mata. Yang ada hanyalah sendu setiap malam. Tapi aku kuatkan hati. Ya, Allah lah tempat aku mengadu semua masalah yang melanda diriku. Moga aku tabah menghadapi hari-hari dan minggu-minggu yang akan datang. Aminnn.





So, chaiyok chaiyok Farah. Gambate ! Kau mampu lakukan. In Shaa Allah. :)

Ahad, 17 Februari 2013

Sem 2 melambai-lambai.

Assalamualaikum semua. Sihat? Alhamdulillah. Aku pun sihat jugak. Cuma fefeling tak best sebab dah nak balik ke UM tercinta. Bila? Hari nilah. Dah sampai pun jam 11.30 pagi tadi. Pheww ~~

Erm, sebenarnya nak cerita pasal Sem 2 sesi 2012/2013 ni. Esok dah start kuliah yang pertama. Ya Allah, permudahkanlah semuanya. Tapi Sem 2 ni banyak ketidakseronokan sebab. Erm, sebab??

  1. Dah terpisah dengan kawan-kawan sebab jabatan lain-lain. Haishh, jaranglah jumpa lepas ni. Waktu kelas pun tak sama. Harap jumpa masa makan t/hari jelah. Itupun kalau jumpa. Lepas ni mesti jarang jumpa Shai, Hasmah dan Dila. Ahh, mesti aku rindu korang nanti. *Poyo je minah ni, padahal satu kolej dengan Shai dan Hasmah. :D
  2. Mesti aku jadi forever alone dalam kelas sebab takda kawan. Kawan aku hanya mereka sahaja. Tau, SAHAJA. Kalau Soya jabatan Sosio kan best. Ada jugak kawan kalau terpisah dengan Shai, Hasmah dan Dila. Ni, tak. Soya pun jabatan lain. Uwargggg !!! :( Takpalah, aku kena lebih ramahlah kali ni supaya dapat sesuaikan diri dengan yang lain. Chill Farah ! :)

     
  3. Tanggungjawab semakin berat. Dah masuk Sem 2 ni. Mesti lagi sibuk dengan macam-macam esaimen, kerja tu, kerja ni. Kena pandai set masa dan jadual. Jangan lalai macam sem lepas. Kena usaha lebih untuk dapat dekan Sem 2 ni. Semua menaruh harapan. Eh? Macam tajuk lagu pulak. :D
    Ok !! Serius, usaha, doa dan tawakal kepada Allah. Ingat Farah, kau belajar niat kerana Allah dan Mak Abah, ok?  Fuhhhhh ~ Tingkatkan lagi usaha sebab CGPA Sem 1 kau 3.53. Usaha lagi Mak Abah bergantung pada kau tahu.

     
Apapun ketidakseronokan yang melanda diriku, aku tetap akan menghadapinya. Perbetulkan niat kau setiap kali nak belajar. Ingat semua pesan Mak. Jangan tinggal solat. Semangat berkobar-kobar pabila Abah bagi semangat untuk buat lebih bagus Sem 2 ni. InshaAllah, moga Allah redha. Aminnn..

Isnin, 28 Januari 2013

U-MAST GO ! Kami Satu Keluarga

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah. Hari kedua kat rumah setelah seminggu menuntut ilmu baru di UM dalam program U-MAST GO. Apa tu? Haa, inilah program soft skills anjuran SERU yang aku join tu. Banyak input-input yang berguna aku dapat daripada program ni. Program ni memang terbaik dan kumpulan 1 & 2 memang OHSEM !! :D One Big Family. Cerita banyak pun buat sakit jari je tulis. Lagipun nak siapkan cerita pendek a.k.a. Cerpen yang dah berminggu-minggu tertinggal. HeheNah, tengok gambar ni. ^_^



Gambar ni kat Templer Park, Rawang. Jom Perang !! :D


Selepas kelas Entrepeneur & Innovation. :)



4th Rangers Awesome :D


GROUP 1 AWESOME !!! 


Juara Sticker. HAHA


ONE BIG FAMILY. :)

Cukuplah ni je. Nantikan bahagian kedua, siap dengan detail pasal program ni. Sekarang ni agak sibuk buat hantaran. Gambar je sempat. :D

OK, jumpa lagi kawan-kawan. Semoga ilmu yang kita peroleh ni, dimanfaatkan sebaik-baiknya. Allahuma Yassir Wala Tuassir.. Inshaallah.. :)





Rabu, 9 Januari 2013

Wordless Wednesday

Paper PMBI ( Pengajian Melayu Bersumberkan Islam ) sangatlah susah. Harap dapat score A gemuk. :) InshaAllah.

Isnin, 7 Januari 2013

Tabiat Buruk

Assalamualaikum semua. Hari ni 7.1.2013 dan sehari je lagi nak start exam PMBI dan dua hari lagi nak start exam Tamadun Melayu dan tiga hari lagi nak balik rumah ! Yeay !! Tak sabar nak rumah, rindu kat semua especially kat Mak. Harap perjalanan balik nanti dilindungi Allah dan dipermudahkan sebabnya kena balik sendiri. InshaAllah, Farah boleh ! :D Sebenarnya, nak habaq sikit pasai tabiat buruk nih hah. Tabiat buruk siapa?? Siapa lagi kalau bukan akulah. Nak tahu mende tabiat buruk aku sejak minggu exam ni. Mai baca. :D

  1. Masa study week, aku balik rumah sebab ada cuti seminggu sebelum exam. Bukan cuti sebenarnya, tapi boleh dikira macam cuti jugaklah. Masa ni, memang tak pegang bukulah nampak gayanya. Mana taknya, aku dah macam anak manja kat rumah tu. Haha. Seminggu tu asyik keluar je. Siang keluar dengan Angah dan sepupu yang lain. Malam pulak Abah bawak keluar makan memanjang. Hehe. Lagipun, lepas ni semua dah nak sekolah balik. Nina nak balik asrama dia dah, Ami nak masuk sekolah dah. Aku nak balik UM dah. Lihat, macam mana Abah tak bawak jenjalan. :D Padahal kami yang cucuk Abah suruh bawak jalan-jalan. Hehe. Nakal kan anak-anak Mak dengan Abah ni. :)

     
  2.  Kembalinya aku ke UM, nilah tabiat buruk aku. Minggu pertama exam, aku habiskan masa dengan tidur, tidur dan tidur. Lihat lagi, betapa buruknya tabiat aku. Tak boleh tengok bantal Ben 10 aku tu, mesti memanggil-manggil suruh tidur. Tak cukup dengan tu, selimut yang dah lama tak basuh tu menyeru aku untuk terus diulit mimpi. Haih, memang tergodalah aku. Tengok, aku dah membuang masa dengan tidur sahaja. Amat buruklah tabiat aku ni.

  3. Dah puas tidur, ni ha tabiat butuk lagi satu. Jadi burung hantu sampai 2-3 pagi duk tengok tonton. Nilah, tabiat paling buruk aku rasa. Baik aku buat ulangkaji daripada tengok tonton tu. Tapi nafsu ni ha, haih. Geleng kepala aku dengan diri sendiri. Malas nak cakap !!

  4. Tak cukup dengan tu nah amik ni FARMVILLE. Aku dah gila berkebun pulak. Lagi malas nak cakap !!

  5. Yang last ni takdalah burukkan. Sebab menghudapte blog walaupun lusa ada exam PMBI yang memerlukan skrip jawapan yang berjela-jela untuk ditulis. Haaaaa.... Ok bai..
Ha, korang tengok. Burukkan tabiat aku. *kalau Mak tengok mesti dah membebel. Tapi aku memerlukan bebelan tu untuk jadikan sebagai motivasi untuk aku buat ulangkaji. Kat sini takdak sapa nak bebel kat aku. sob. sob. sob. Sat gi nak tepon Mak lah..
Korang-korang semua jangan tiru apa yang aku buat tau. Nanti buruk padahnya. :D
Jom study !!

Selamat Tinggal 2012 dan Selamat Datang 2013

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, kurang lebih beberapa jam lagi kita akan menyambut tahun baru iaitu 2013. Erm, penuh TL dengan FB pasal azam baru. Tu tak kisahlah, masing-masing ada hak nak tentukan azam sendiri dan bila mereka-mereka ni nak berazam. Tak gitu? Nak berazam tu boleh, berazamlah setinggi mana pun, seluas manapun dan sebesar manapun takda siapa nak halang. Tapi azam kita tu mestilah yang berfaedah dan mendatangkan manfaat kepada kita. Buat newbie-newbie, azam korang tu janganlah merepek-merepek. Fokus study dulu ye. Sekolah pun tak lepaih lagi, dah azam nak bercinta dengan tu, dengan ni, setia dengan tu, dengan ni. Aishh, korang ni tak fikir dulu ke nak berazam. Dah melalut dah aku. Bukan pasal ni yang aku nak bagi tahu. Aku nak bagi tahu azam aku pulak. Tapi azam ni dah buat masa 1 Muharam yang lepas. Nak tau mende azam aku. Meh sini. :D

Azam Tahun Baru ni iaitu pada 15.11.2012 / 1 Muharam 1434 Hijrah ialah :

  1. Untuk final exam yang akan mula pada 2.1.2013 dan habis 10.1.2013, aku akan buat sehabis baik yang mungkin. Sebab azam aku nak dapat dekan dan nak genbirakan hati Mak dan Abah. InsyaAllah, usaha, doa dan tawakal aku selama ni akan membuahkan hasil. Aku jugak harapkan kejayaan kawan-kawan aku yang lain. Especially for my bestfriend Nurul Fatihah. :)
  2. Untuk permulaan sem 2 nanti, aku nak fokus pada study dan bergiat lebih aktif lagi dengan aktiviti U, Fakulti dan Kolej. Kolej apa? Kolej Kinabalu tercinta lah. Aku nak jadi pelajar yang mampu membahagikan masa antara pelajaran dan hiburan. Sebab hiburan tu penting jugak untuk rehatkan minda. :D
  3. Untuk permulaan sem 2 jugak, aku akan belajar balik rumah sendiri. Tak nak tumpang Angah dah. Heee, nak belajar naik ETS ataupun bas. Tapi boleh ke?? Eh, mesti bolehlah. Farah boleh !!
  4. Tak nak fikir pasal benda-benda yang tak berfaedah, tak nak termenung dah, tak nak tangguh-tangguh kerja dah especially esaimen. Hee..
  5. Azam yang last ni bukan untuk tahun ni je, tapi untuk 2 tahun akan datang jugak iaitu nak jadi Pelajar Cemerlang tiap-tiap semester dan dapat Anugerah Pelajar Terbaik masa grad nanti. InsyaAllah. :)
 So, nilah azam aku. Tak lupa jugak, azam aku nak upgrade diri menjadi muslimah solehah yang berjasa kepada Mak Abah, bakal Zauj, keluarga, rakan-rakan, agama, bangsa, dan negara. Amin Ya Rabbal Alamin.

Maaf lambat post, sebab busy dengan esaimen dan macam-macam lagi. :D