Sabtu, 11 Mei 2013

Boboy. :(

Assalamulaikum.

Sedih. Ye, itulah perasaan aku sekarang. Kehilangan kucing yang paling aku sayang. :'( Susah nak gambarkan perasaan aku masa Mak call, bagi tahu Boboy dah takda. Berlinang air mata. Minggu lepas aku balik rumah, Si Boboy memang dah tak berapa sihat. Nak makan pun tak larat. Tapi mengiau jugak nak makan. Kesian aku tengok Boboy masa tu. Sampaikan aku terpaksa suap isi ikan ke mulut Boboy. nasib Boboy nak makan walaupun susah nak kunyah. Erm, sedihnya bila ingat balik. Boboylah yang paling nakal sekali dalam banyak2 kucing yang ada kat rumah tu.

Selalu call Mak tanya Boboy buat apa. Hehe. Kelakarkan. Memang wajib bila otp dengan Mak, tanya pasal kucing2 semua buat apa. Tapi lepas ni jangan aku tersasul tanya pasal Boboy dahlah. T_T

Sedihnya bila ingat balik. Boboy ni, aku sediri p ambil kat pasar. Aku jumpa dia, dan jatuh hati terus. Boboy comell masa kecik, dah besar hensem. :) Telatah dia buat aku hilang semua penat dan stresss. Nama Boboy je dah banyak. Mak panggil Kapten Boboy / Boboiboy, aku Ah Boy, Adik aku panggil Ciboy. Banyaklah nama Si Boboy ni. Wuarggghhh, kenapa Boboy pergi cepat sangat.?

Aku akan rindukan Boboy aku yang paling nakal. We will miss youuu Boboy. R.I.P Boboy. :'(


Ni masa mula2 aku ambil Boboy kat pasar. Comel kan? ^_^



Ni masa dah bertambah comel. Dah wangi, hensem.

Comell kan masa Boboy tidur?

Ni masa Boboy dah besar. Umur dia masa ni 2 tahun.

Boboy dengan adik angkat dia.

Nakal ! Sampai duk dalam almari buku. Hehe

Rindu Ah Boy !!! :'(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan