Jumaat, 12 April 2013

Symbio 2013. Apa tu?

Assalamualaikum semua. Huarghhhh. Hoi, menguap tu sopan sikit ye. * Hikhik, Faghah minta soghii sebab kurang sopan.

Ok, Symbio 2013? Apa tu? Dah macam bunyi ke arah sains je. Tapi aku ni budak Pengajian Melayu, apa kaitan dengan Symbio? Meh sini aku nak habaq. Symbio 2013 tu projek kolej aku dibawah kelolaan JKP Kerohanian dan Kemasyarakatan Kolej Kediaman Kinabalu, UM. Meh aku briefing pasal projek ni. Eh, sebelum tu aku perkenalkan Aku, sebagai Ajk Biro Dana dan Tajaan. Tugas aku adalah menggoda setiap eksekutif tajaan untuk mendapatkan tajaan dan dana bagi projek kami. Selain itu, kami ajk tajaan dan dana membuat aiskrim malaysia dan menjualnya semasa KSK iaitu Sukan Kinabalu. Tak cukup aiskrim? Meh kami jual kerepek, bermacam-macam kerepek. Tak cukup kerepek, kami jual pin tudung yang comel-comel macam saya. Eh? * Abaikan yang last tu. Tak cukup tu, kami jual pizza dari Domino's pizza, macam tu ke ejaannya. * Tolong promote. :D Itulah serba sedikit tentang tugas kami dan kami jugak bantu-membantu ajk yang lain.

So, pasal Symbio aku tak cerita lagi. Suka merepek tah apa-apa aku ni kan. Symbio 2013.

  1. Objektif projek ni adalah untuk pertukaran budaya antara kami mahasiswa/i UM khususnya pelajar Kolej 8 dengan Orang Asli di Kg Rok, Bera Pahang.
  2. Sasaran adalah pelajar Kolej 8 dan orang-orang Asli di sana.
  3. Tujuan projek ni adalah belajar cara hidup atau budaya mereka dari segi aktiviti harian mereka, makanan dan aktiviti senggang mereka.
  4. Aktiviti kat sana awesome weh. Menyumpit, memancing, belajar tarian dan bahasa semelai, bergotong-royong masak, jungle trekking, nightwalk sekitar Tasik Bera dan apa entah lagi. Aku lupa. Hehe. Kalau nak tahu, lepas 2 hari 3 malam kat sana aku akan hupdate pasal perjalanan program kat sana. Tunggu k. :P
  5. Kalau korang nak tahu Symbio 2013 ni ada 2 fasa. Hari ni bermula Fasa 1. Dan 28-29 April Fasa 2. So, tunggu k. ^_^
Ok, sampai sini je. Gua nak mandi, nak siap-siap. Hikhik. Doakan program kami berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Aminnnn. InshaAllah. :)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan