Ahad, 17 Februari 2013

Sem 2 melambai-lambai.

Assalamualaikum semua. Sihat? Alhamdulillah. Aku pun sihat jugak. Cuma fefeling tak best sebab dah nak balik ke UM tercinta. Bila? Hari nilah. Dah sampai pun jam 11.30 pagi tadi. Pheww ~~

Erm, sebenarnya nak cerita pasal Sem 2 sesi 2012/2013 ni. Esok dah start kuliah yang pertama. Ya Allah, permudahkanlah semuanya. Tapi Sem 2 ni banyak ketidakseronokan sebab. Erm, sebab??

  1. Dah terpisah dengan kawan-kawan sebab jabatan lain-lain. Haishh, jaranglah jumpa lepas ni. Waktu kelas pun tak sama. Harap jumpa masa makan t/hari jelah. Itupun kalau jumpa. Lepas ni mesti jarang jumpa Shai, Hasmah dan Dila. Ahh, mesti aku rindu korang nanti. *Poyo je minah ni, padahal satu kolej dengan Shai dan Hasmah. :D
  2. Mesti aku jadi forever alone dalam kelas sebab takda kawan. Kawan aku hanya mereka sahaja. Tau, SAHAJA. Kalau Soya jabatan Sosio kan best. Ada jugak kawan kalau terpisah dengan Shai, Hasmah dan Dila. Ni, tak. Soya pun jabatan lain. Uwargggg !!! :( Takpalah, aku kena lebih ramahlah kali ni supaya dapat sesuaikan diri dengan yang lain. Chill Farah ! :)

     
  3. Tanggungjawab semakin berat. Dah masuk Sem 2 ni. Mesti lagi sibuk dengan macam-macam esaimen, kerja tu, kerja ni. Kena pandai set masa dan jadual. Jangan lalai macam sem lepas. Kena usaha lebih untuk dapat dekan Sem 2 ni. Semua menaruh harapan. Eh? Macam tajuk lagu pulak. :D
    Ok !! Serius, usaha, doa dan tawakal kepada Allah. Ingat Farah, kau belajar niat kerana Allah dan Mak Abah, ok?  Fuhhhhh ~ Tingkatkan lagi usaha sebab CGPA Sem 1 kau 3.53. Usaha lagi Mak Abah bergantung pada kau tahu.

     
Apapun ketidakseronokan yang melanda diriku, aku tetap akan menghadapinya. Perbetulkan niat kau setiap kali nak belajar. Ingat semua pesan Mak. Jangan tinggal solat. Semangat berkobar-kobar pabila Abah bagi semangat untuk buat lebih bagus Sem 2 ni. InshaAllah, moga Allah redha. Aminnn..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan