Khamis, 26 Januari 2012

hambaMU yang lemah

~Allah sentiasa menyayangi umatNya~

  Ya Allah, aku tahu banyak khilaf yang telah aku lakukan..
  Ya Allah, aku mengaku banyak dosa yang telah aku lakukan..
  Ya Allah, aku tahu aku lalai dalam mengikuti perintahMu..
  Ya Allah, aku jahil dalam agamaku sendiri..
  Ya Allah, aku selalu mengabaikanMu..

  tetapi, Kau tetap menyayangi hambaMu ini.. hambuMu yang lalai, hambaMu yang alpa, dan hambaMu yang terus hanyut dalam kenikmatan dunia..

  Betapa kasih dan sayangnya Kau kpd umatMu yang sering melakukan kesilapan dan kekhilafan ini..
  walaupun umatMu alpa, lalai, lupa dan hanyut...
  Kau tetap melindungi hambaMu, Kau tetap mengurniakan rezeki, kesihatan tubuh badan dan kesejahteraan hidup yang tiada tolok bandingnya.,.

Ya Allah, aku mohon kepadaMu, Kau jadikanlah aku hambaMu seorang wanita yang solehah, taat kpd ibu bapa, taat kpd bakal suamiku, sentiasa menjaga perbatasanku, dan jauhilah aku dr segala keburukan dan azab dunia akhirat.. AMIN..

Sesungguhnya Allah S.W.T sgt menyayangi dan mengasihi hambaNya..

  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan