Selasa, 7 Februari 2012

perasaan apakah ini??

setiap makhluk yang bernyawa pasti mempunyai perasaan , tak kiralah perasaan sayang, benci, sedih, gembira dan cemburu krn perasaan tersebut adalah sejak azalinya bersemadi dlm diri setiap makhluk yang bernyawa terutamanya manusia..

aku cuba utk tak mempunyai perasaan tu lagi iaitu perasaan CINTA dan SAYANG terhadap lelaki.. berkali2 dilukai membuat aku serik utk mendekati lelaki apalagi utk jatuh cinta..tapi kuasa ALLAH S.W.T, tak siapa yang boleh tolak.. bukanlah aku beranggapan bahawa dia adalah jodohku, ttp tanpa kekuasaan Allah, manusia tak akan mempunyai perasaan sebegitu..Cukup sempurna proses kejadian manusia yang Allah telah aturkan sehingga menjadi insan dan hambaNya di bumi ini.. Itulah fitrah semulajadi manusia.. tp adakah ak benar2 mempunyai perasaan sebegitu? aku takut perasaan sebegitu hadir bukan kerana sayang ttp krn kekosongan yang bertamu dihati ini.. aku takut utk menyatakan cinta padahal hatiku hanyalah utk insan laen.. akn terlukakah dia apabila dia mengetahui bahawa aku menerimanya hny krn ingin menghapuskan kenangan lama? wajarkah aku memperlakukannya sedemikian? perasaan apkah ini? aku buntu.. Ya Allah, bantulah hambaMU ini.. Lindungilah hambaMu ini, dan jgnlah Kau jauhkan hambaMu ini drp lindungan dan rahmatMu Ya Allah.. Berikanlah aku jodoh yang terbaik dan mampu membimbingku ke jalan redhaMU Ya allah.. Kau panjangkan lah umurnya Ya Allah, dan hilangkan lah segala kesakitan yang dialaminya Ya Allah.. Amin..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan