Sabtu, 24 Mac 2012

Diari 1~~ Bila Cik Arra mula merapu

 Assalamulaikum semua . . 

Nama saya Farah Syazwani Binti Sabri . . Berumur 20 tahun dan masih muda lagi . . :D  Boleh panggil saya Arra, sbb family terdekat n kezen2 y panggil macam tu . . Cik Arra nie lepasan STPM tahun 2011 dan untuk mengisi ruang yang ada nie, Cik Arra kerja la sementara kat MID Jelintuh sbg pembantu . . Cik Arra tak kesah sebenarnya kerja apa pun , janji kerja tu berfaedah dan halal . . Keputusan STPM ??  Nak tahu jugak ke ? Ok lah, Cik Arra bg tahu ye, Cik Arra dpt 2 B+ dan 2 B je . . Tapi Cik Arra syukur Alhamdulillah, akhirnya Cik Arra dapat keputusan y bagus drp exam2 y lain . . Dah dapat result , so Cik Arra pun bercita-cita la nak sambung belajar kat UKM / UM dalam bidang Pengajan Bahasa Melayu . . Tapi, bidang apa pun Cik Arra tak kesah . . Cik Arra harap sangat lah, Cik Arra dapat sambung degree kat mana Universiti pun , asalkan saya dapat pegang segulung izajah n make my parents happy with me . . Cik Arra ni nak jadi GURU . . Sebab tu la Cik Arra nie suka membebel dan merapu . . he he he . . Nak tahu sebab ap Cik Arra minat sgt jadi GURU ? ?


  • Pekerjaan GURU tu adalah mulia ~ ~ sebabnya GURU2 nie ibarat ibu dan bapa di sekolah . . bukan setakat ajar teori dan praktikal , tapi nilai2 kehidupan dan insaniah . .
  • Tanggungjawab guru adalah besar terutamanya dalam melahirkan modal insan y cemerlang sbg aset negara pd masa hadapan . .
  • Tugas sebagai seorang guru amat mencabar fizikal , emosi , dan juga mental . .
  • Cik Arra nak rasa dan lalui penat lelah cikgu2 Cik Arra dulu masa nak didik murid2 dan pelajar2 y nakal macam Cik Arra nie . . he he he
  • Cik Arra mmg minat nak jadi GURU ~ ~ cita2 dari darjah 1 , tak penah tukar sampai sekarang . . :P

  * harap maaf, tulisan Cik Arra mmg cantik masa ni . . :D

  Kan Cik Arra dah cakap, saya mmg kuat merapu ~ ~ Tapi , bab kehidupan n pelajaran mmg tak merapu la . . 


 Cik Arra harap, semua boleh doakan kejayaan Cik Arra dan kawan2 Cik Arra sekali . . Semoga kami semua dapat masuk Universiti dan berjaya dikemudian hari . . INSYAALLAH . .


Tiada ulasan:

Catat Ulasan