Jumaat, 29 Jun 2012

Diari 1~~ Aku dera diri aku sendiri !!

Assalammualaikum semua..

Senyum sikit.. :)  Hm, tapi aku? Takda mood nak senyum.. Tiba2 teringat kat dia dan segala2 tentang dia.. Semalam gastrik aku datang dengan pantas dan menyakitkan.. Mana taknya , malam baru perut aku ni diisi.. Tu pun aku makan burger yang abah beli.. Dari pagi aku tak jamah apa2 pun sampailah balik kerja.. Mula2 ok lagi , lepas je pukul 9 ke atas aku dah mula rasa nak pitam , berpinar2 mata aku.. Nak bukak mata lagi lah.. Perut jangan cakaplah , memang sakit sangat2.. Dahlah aku tengah basuh baju masa tu.. *time malam jelah yang ada untuk aku basuh yang dah bertimbun dalam bakul tu.. Terpaksalah aku stop basuh baju.. Masuk bilik , then nangis2 panggil mak aku.. Mak? opkoslah mintak tolong mak sapukan minyak angin kat perut.. Dah penat2 mak aku membebel , yelah sapa suruh tak makan2 1 hari suntuk, mak aku pun pergi dapur ambil magnesium trisilicate.. Ubat gastrik yang paling aku tak suka.. Rasa payau !! Terpaksalah aku telan jugak , nak kurangkan sakit.. Kalau tak , tak tidur aku malam tadi..

Dan , hari ni pun aku tak makan jugak.. Aku dera perut aku lagi hari ni.. Kejam kan?? Hm, aku bz buat kerja sampai missed waktu makan.. Lepas tu nafsu nak makan pun terbantutlah ,  dan akhirnya balik rumah nantilah aku makan.. Jangan gastrik lagi malam ni sudahlah.. K lah , nak sambung buat kerja.. Kepada sapa2 yang ada gastrik tu , makanlah ikut time , jangan makan makanan yang pedas2 , yang masam2.. Selalu makan ubat ok.. Jangan jadi malas macam saya.. ^^


Ni lah ubat yang payau sangat tu !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan