Selasa, 18 Disember 2012

Tetiba Rerajin..

Assalamulaikum semua. Yeah, bebeh. Korang-korang semua sihat ke? Aku? Alhamdulillah, sihat je. Cuma selsema-selsema je neh ha. Sebabnya kena hujan petang tadi. Tetiba pulak hujan balik dari kelas KKM tadi. HEHE. Gua suka melalut, bukan ni gua nak cerita. Tengok wa punya tajuk sikit. TETIBA RERAJIN. Hah? Apasal pulak?

HEE, tajuk TETIBA RERAJIN ni sebab wa malam neh tetiba rerajin pulak nak hupdate blog korang. Padahal, nak final dah. Eh, ada kena mengena ke final dengan blog. Ah, lantaklah yang penting aku rajin malam ni. HAHA. Rajin mengadap social networking adalah. Padahal, tu baju sebaldi tak basuh lagi, nota sebeban tak buat lagi, dan buku bertimbun menunggu aku untuk study. Hambekkau..

Merepek lagi aku ni. Ha, sebenarnya nak rerajin nak bagitahu korang yang minggu ni dah last kuliah. Next week dah study week. So, kesimpulannya, aku nak balik rumah. Hoyeahhh!!! Mak tunggu Ra balik ye. :D Dan yang paling penting, 2/01/2013 aku dah start final exam. Ha, takut tak??  Takutkan, so PERGILAH STUDY wahai Ra oiii.. HAHA..

Oklah, kalau korang nak tengok aku membebel meraban tah apa-apa, tunggu aku habis exam dululah ye. *Perasan je yang orang tunggu dia hupdate. :) Apapun, doakan selamat maju jaya untuk saya dan rakan-rakan yang lain ye.. :) InsyaAllah, aku akan buat yang terbaik..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan