Khamis, 13 Disember 2012

Peperiksaan Akhir Bagi Sem 1 Sesi 2012/2013

Assalamualaikum semua.. Sihat? Alhamdulillah, baguslah kalau sihat.. Aku? Secara fizikalnya aku sihat, tapi dalaman aku tak berapa nak sihat.. Sebab?? Nak tahu jugak ke? Meh sini, aku taip korang semua baca ye.. 


  1. Rindu kat Mak, Abah, Adik, Kak Cik, dan Ami.
    Sebabnya aku ni anak manja. Eh, mana ada manja cuma terlalu rapat dengan family dan ni pertama kali aku berpisah dengan family. Bayangkan, ceh macam apa je nak bayang-bayang bagai. HAHA. Ok, selama 20 tahun 2 hari aku tak pernah berpisah jauh dengan family especially dengan Mak. Sebab apa 20 tahun 2 hari?? Sebabnya birthday aku 30hb 8 dan 2hb 9 tu aku terpaksa mendaftar ke UM sbb nak sambung belajar. Hah ! Best tak hadiah hari jadi aku. HEHE. Apapun, aku bersyukur sangat sebab dapat sambung belajar kat UM ni. UM ni banyak mengajar aku apa itu erti RINDU. HAHA. Jiwang ke apa neh? Tapi seriously, rindu sangat-sangat family. Love youuu semuaa.<3
  2. Terlalu banyak 'esaimen' sampai menggunung-gunung tingginya.
    Haaa, nampak tak tingginya 'esaimen' aku.. HAHA.. Serious, memang pening, sakit kepala memikirkan nak menyiapkan esaimen ni. Mana dengan nak layan kerenah ahli kumpulan, masalah itu, masalah ini, benda ini, benda itu. Itulah, masa awal-awal sem, semua pakat rileks tak ingat dunia. Heaven sangatlah duk universiti ni kan. Dah masuk minggu ke 10 ke atas, semua pakat kelam kabut menyiapkan esaimen. Masa tulah terkejar-kejar masa nak buat group discussion. Haah ! Amekkaww,  kalau ada 4 esaimen grouping, empat-empat tulah nak buat tergedik-gedik nak buat discussion bagai. Sampaikan tak tahu nak pergi yang mana satu sebab semuanya dah clash. Hambekkauu.. HAHA.. Sampaikan aku pun sama, pening tak tahu nak buat apa. Apapun, saat-saat macam nilah kita tahu erti sebenar kehidupan kat U ni. Aku pun teramatlah enjoy dengan life as a student kat UM ni. 'Pengalaman itu adalah guru yang terbaik'.
  3. Masalah peribadi yang aku tak patut masukkan dalam kehidupan aku sebagai pelajar.
    TEEETTTT !!! Rahsia.......... HAHA.. Tapi masalah ni aku boleh setel sendiri. Takdak hal lah. Gua kan kuat, mana ada nangis-nangis semua ni.. :D
  4. Tak cukup rehat dan tidur.
    Bab ni memang aku stress. Serious, kat sini tak cukup tidur bila waktu puncak iaitu time esaimen semua nak kena hantar. Nak kena buat slide powerpoint lagi, hantar itu, hantar ini, presentation itu, presentation ini. Huarrrghhhh, rasa nak jadi SHE HULK lah pulak time ni. Ya Allah, masa ni tidur memang lambatlah kan. Semua budak-budak APM gua rasa macam gua jugak. Penat, tak cukup tidur, takdak masa nak rehat dan semualah. Tapi kalau dapat tilam dengan bantal masa tu, memang tak lepaskan peluanglah. Masa tidur tu sangat-sangatlah berharga lu tau tak. HEHE. Gua dahlah kuat tidur, tapi gua tak pernah missed kelas pagi. Cuma ada sekali je, sebab gua kat Perak masa tu. Malas nak balik sebab masa tu gua HOMESICK !! HAHA. Dah, dah. Sambung tidur cepat! :D
  5. FINAL EXAM COMING SOON.
    Haaahhh.. Ni memang cabaran paling besar sepanjang 14 minggu aku kat UM ni. Awal bulan 1 ni aku dah start exam. Sekarang ni masa untuk ulangkaji dan buat apa yang patut untuk final ni. Hajat dihati besar weh. Ehem! Ehem ! 'Jinak-jinak si merpati, 4 Flat hajat dihati'. Wahh, pandai tak aku berpantun. HAHA. Tengok, besarkan hajat aku. InsyaAllah, aku akan berusaha untuk menjadi pelajar cemerlang APM tiap-tiap sem kalau boleh. Aku nak gembirakan Mak dan Abah sebab dah susah payah hantar aku pergi belajar. Dah banyak berkorban untuk aku selama ni. Apa salahnya aku balas jasa Mak, Abah dengan kejayaan aku ni. InsyaAllah, doakan ye kawan-kawan semua. Aminnn...
Haahh, tulah sebab-sebab kenapa dalaman aku tak berapa nak sihat. Banyak sebab lain lagi. Cuma satu je sebab yang aku boleh bertahan selama berada di bumi UM tercinta ni. Sebabnya Allah redha niat aku untuk menuntut ilmu, dan restu Mak, Abah, adik beradik, pakcik makcik, sepupu-sepupu, kawan-kawan dan semualah yang buat aku kuat dan masih bertahan, walaupun kadang-kadang aku berputus asa dan sedih. :) Terima Kasih semua. InsyaAllah, Ra akan buat yang terbaik untuk semua.. :)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan