Rabu, 30 Mei 2012

Diari 1 ~~ Dussshh !! Kenapa mesti ada rasa TERSUKA kat sahabat sendiri??

Assalammualaikum semua..

Minggu ni tak segembira macam minggu2 yang lain .. Sakit kepala memikirkan masalah yang satu ni .. Rasa nak meletup macam bom yang jatuh kat Hiroshima dan Nagasaki .. Arggghh.. Tension - tension .. Kenapa mesti ada rasa TERSUKA kat kawan baik aku sendiri ?? Mana boleh macam tu .. Kami kan kawan baik .. Ya , memang betul !! Kami KAWAN BAIK , mana boleh ada perasaan macam tu .. Disebabkan tak nak keruhkan lagi keadaan dan merenggangkan hubungan kami , aku nak hapuskan perasaan ni .. Biar cepat , asal aku tak terus TERSUKA kat dia .. Lagipun bukan susah , aku baru TERSUKA kat dia .. Yeahh !! Come on Arra !! U can do it !! Fighting !! TAPI , kenapa kau tetiba luahkan perasaan kat aku ?? Aku baru nak luputkan perasaan tu macam tarikh luput kat plastik roti .. Aduyai kawan !! Kenapa mesti jadi macam ni ?? Bukan kita dah janji ke tak nak JATUH CINTA antara satu sama lain .. 5 Tahun berlalu , kenapa mesti SEKARANG ?? Patutlah lately ni kau mesej aku pun lain macam je .. Tetiba jadi baik , selalunya kita asyik bertekak je bila mesej .. Semalam pun , kau macam tau2 je aku nak mesej kau , tapi kau dah mesej aku dulu .. Kau pun selalu cakap , yang kau takkan jatuh cinta kat aku , sbb kau anggap aku kawan dan tak lebih dari tu .. Aku pun sama , aku suka cakap kau perasan , sapa yang nak dekat kau !! HAHA ... Jahatkan aku .. 


Lepas kau luahkan perasaan tu , aku dah mula rasa hubungan persahabatan kita akan renggang dan tak macam dulu .. Ye , mmg aku happy sebab aku tak bertepuk sebelah tangan , tapi aku TETAP tak boleh nak terima sebab aku dalam proses nak LUPUTKAN perasaan tu .. Aku lebih selesa kita berkawan .. Aku bersyukur dapat kawan lelaki yang memahami diri aku macam kau ..Cara pemikiran kita sama , tapi kadang - kadang aku hangin jugak dengan kau .. Kau annoying , tapi baik .. HAHA .. Kau pandai baca emosi aku especially bila aku ada masalah ..Paling PENTING kau tahu batas2 persahabatn kita dan tak pernah sekalipun melebihi batas2 agama .. Sebab tu aku senang kawan dengan kau .. Aku harap hubungan persahabatan kita akan kekal sampai bila2 dan diredhai Allah S.W.T .. Amin .. So , kita dah slow talk kan semalam .. Aku harap kau faham aku dan aku faham kau .. Aku harap hubungan persahabatan yang almost 5 yrs ni takkan berakhir disebabkan salah seorang daripada kita selfish pasal perasaan masing2 .. Tapi kalau dah jodoh aku dengan kau , aku terima seadanya .. :) 


Kepada sapa yang selalu tanya , bolehkah lelaki dan perempuan jadi sahabat baik?? Bawah ni ada jawapan .. :)


   1.    Bolehkah lelaki dan perempuan jadi sahabat baik?
         
          Kenapa tidak? Boleh je asalkan kita tak melebihi batasan agama yang telah ditetapkan oleh islam..
          Kalau anda ada sahabat baik , tapi tak menjaga batas-batas pergaulan , masalah jugak tu ..
          Berkawan dengan siapa pun tidak mengapa , asalkan kita tahu apa itu erti PERSAHABATAN .. :)
          Selagi kita boleh berkawan , berkawanlah tak kira bangsa , jantina , umur dan agama.. Peace V !





"Seorang perempuan yang hatinya belum dimiliki sesiapa serta tidak mempunyai calon untuk diserahkan hatinya akan tersentuh andai ada seorang lelaki yang sudi menjadi teman baiknya kerana mungkin sebelum ini ada lelaki yang buat perempuan ini bersedih.Namun, ingatlah wahai hati perempuan yang belum dimiliki, jangan sekali kamu menaruh harapan untuk menjadi permaisuri sahabat baik lelakimu.Bersyukurlah kamu dikurniakan dia sebagai sahabat lelaki yang akrab denganmu.Persahabatan itu lebih utuh dan membahagiakan berbanding jika kamu mencintai dia.:




  

2 ulasan:

  1. lagi satu, kena tekad dalam hati, kalo dia adalah kawan, sampai bila-bila akan berkawan, no cinta2...

    BalasPadam
  2. betul tu.. mmg tengah nak hapuskan perasaan tu.. Kami tetap KAWAN.. :)

    BalasPadam