Khamis, 31 Mei 2012

Diari 1 ~~ Apa Erti Sahabat dan Cara untuk Mengekalkan Persahabatan

Assalamulaikum semua..

Pagi ni Arra nak cerita pasal SAHABAT.. Semalam aku dah post pasal TERSUKA kat SAHABAT sendiri.. Hmm , mana boleh kan , walaupun aku dah tersuka dan dia pun sama dah luahkan perasaan kat aku tapi aku tetap tak boleh nak selfish tukarkan PERSAHABATAN kepada PERCINTAAN.. Hubungan ni akan renggang kalau masing2 selfish pasal perasaan sendiri.. Aku taknak hubungan selama 5 tahun ni putus gara-gara kami nak BERCINTA.. Macam nonesense je bagi aku , walaupun kami suka satu sama lain.. Lagipun kami dah janji tak nak ada apa2 hubungan selain daripada SAHABAT.. So, maksud SAHABAT bagi aku , seseorang yang hadir dalam hidup kita dikala kita kesusahan dan memerlukan sokongan disaat orang lain cuba menjatuhkan kita.. Persahabatan tidak akan terjalin dalam masa yang singkat tapi memerlukan proses yang pamjang.. Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman.. Suka dan duka , dihibur dan disakiti , digembirakan dan dikecewakan , didengar dan diabaikan ,namun semua ini terjadi bukan disebabkan kebencian oleh seorang sahabat tetapi inilah yang membuat PERSAHABATAN itu mempunyai nilai yang indah.. Persahabatan sering kali diduga dengan pelbagai cabaran , tetapi dengan persahabatan yang sejati , masalah dan cabaran tersebut dapat diatasi malah persahabatan tersebut akan bertambah erat..


Semua orang memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada yang putus dipertengahan akibat dikhianati sahabat sendiri.. Sebab tu , aku tak nak terima kau , aku tak nak hubungan persahabatan kita putus gara-gara satu perasaan lain yang hadir dalam diri kita.. Bagi aku ,mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.. Aku tak nak hilang sahabat macam kau.. Aku harap kau faham situasi kita.. Apapun kau tetap sahabat baik aku..



1 je tips aku:

 Ingatlah bila kali terakhir anda berada dalam  kesulitan.  Siapa 
yang berada di samping anda? Siapa yang mengasihi anda saat anda merasa tidak dicintai? Siapa yang ingin bersama anda pada saat tiada satu pun yang dapat anda berikan? Merekalah sahabat-sahabat anda. Hargai dan peliharalah selalu persahabatan anda dengan mereka..



"DALAM MASA KEJAYAAN, TEMAN-TEMAN MENGENAL KITA. DALAM KESENGSARAAN, KITA MENGENAL TEMAN-TEMAN KITA.."




2 ulasan:

  1. emm...tanpa sahabat kita susah...ada sahabat pun kita susah juga...tanpa sahabat kita sunyi...dengan sahabat pun kadang-kadang menyemak ajer..So kita kena kenali diri kita dan diri sahabat kita dahulu baru dikatakan sahabat sejati....lebih kurang suami isteri la....


    anda peminat malaysia jom terjah :
    http://dihujungpen.blogspot.com/2012/05/malaysia-menang-ke-atas-pakistan.html

    BalasPadam
  2. TQ ye.. yup betul tu.. sahabat sejati boleh terima segala kekurangan dan kelebihan kita.. macam kawan saya ni..:)

    BalasPadam